Dolce & Gabbana Tidak Kisah Diboikot Kerana Melania Trump - Glam Malaysia

Dolce & Gabbana Tidak Kisah Diboikot Kerana Melania Trump

Melania Trump sudah bergelar First Lady of The United States (FLOTUS) selama lima bulan dan boikot yang dimulakan oleh pereka fesyen Amerika Syarikat juga masih lagi diteruskan.

 

Oleh kerana itu Melania Trump telah melanggar tradisi sebagai seorang FLOTUS dengan memberikan lebih tumpuan kepada pakaian oleh pereka-pereka daripada Eropah dan jenama yang paling digemari oleh FLOTUS ini adalah, Dolce & Gabbana.

 

Walaupun pereka-pereka fesyen di Amerika enggan menggayakan Melania jikalau diminta berbuat demikian, Melania masih lagi bebas untuk membeli rekaan mereka if she wants to.

 

Hal ini disambut dengan tangan terbuka oleh pereka Dolce & Gabbana sendiri, terutamanya Stefano Gabbana. Dia sering berkongsi foto Melania tatkala wanita tersebut memakai rekaannya dan perkara ini jelas terlihat melalui kapsyennya.

 

Setiap kali dia dikecam oleh netizen kerana menunjukkan sokongannya kepada Melania dan Trump, Gabbana enggan mengambil endah cemuhan yang diterimanya dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mencemuh dirinya dan mengalakkan mereka untuk memboikot jenamanya (he even has a hashtag for that).

See also
'Kontroversi' Karl Lagerfeld & Dress Karpet Merah Meryl Streep

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse