Gelaran Apa Yang Akan Digunakan Untuk Meghan Markle Kelak?

Apakah Gelaran Rasmi Meghan Markle Sebagai “Puteri” Terbaru United Kingdom?

Aktres Meghan Markle dan Putera Harry telah pun mengumumkan pertunangan mereka secara rasmi dan pihak Istana Kensington juga sudah mengeluarkan kenyataan perkahwinan diraja ini bakal berlangsung pada bulan Mei 2018 dan sehingga tibanya waktu itu, Meghan dikatakan akan menetap di Istana Kensington.

 

John Rainford/WENN.com

Di samping itu, satu lagi perkara yang menjadi persoalan bagi orang ramai adalah apakah gelaran yang bakal diberikan kepada American princess ini?

 

Menurut undang-undang monarki British, gelaran “puteri” hanya boleh diwarisi melalui pertalian darah (Puteri Charlotte) dan bukan dianugerahkan. Yang paling jelas adalah gelaran yang diterima oleh Kate Middleton apabila dia mengahwini Putera William, “Her Royal Highness Catherine, Duchess of Cambridge.”

 

Namun untuk urusan rasmi, Kate akan diajukan sebagai Princess Williams. Perkara yang sama dijangkakan akan berlaku dengan perkahwinan Putera Harry dan Meghan di mana Ratu Elizabeth akan menganugerahkan gelaran baru buat pasangan ini mengikut tradisi.

 

See also
Most GLAM 2018: Nurita Harith

Menurut beberapa sumber daripada Istana, gelaran yang bakal diberikan kepada Putera Harry adalah Duke of Sussex kerana tidak ada siapa pun dalam kalangan kerabat yang pernah menyandang gelaran ini sejak tahun 1834.

 

Menurut pengarang Debrett’s Peerage & Baronetage, Charles Kidd “Mereka agak terhad dengan pilihan gelaran yang ada sekarang. Duke of Sussex merupakan pilihan utama dan ideal buat masa ini.”

 

Ini secara tidak langsung memberikan Meghan gelaran, “Her Royal Highness Meghan, Duchess of Sussex,” dan seperti Kate, untuk urusan rasmi, Meghan boleh digelar sebagai Princess Henry (nama penuh Putera Harry).