fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Pengalaman 12 Tahun Melonjakkan Idayu Sebagai Juara AF Megastar
Farah Khan Reka Uniform Baru MAS
Miranda Kerr Kahwini CEO Snapchat Evan Spiegel
It’s A Girl Untuk Kim Kardashian West dan Kanye West!
Self-Portrait Tercalon Buat British Fashion Awards
Home > Uncategorized > Lihat Effort The Weeknd Buat Cinta Hatinya, Selena Gomez!

Lihat Effort The Weeknd Buat Cinta Hatinya, Selena Gomez!

 

Tatkala Selena Gomez bakal menyambut hari lahirnya yang ke-25 22 Julai lalu, teman lelakinya, The Weeknd, pulang daripada konsert yang dinanti-nantikan oleh peminat beliau, iaitu Festival Lollapalooza. Dilahirkan sebagai Abel Tesfaye, The Weeknd dikhabarkan terbang pulang ke pangkuan Selena di Los Angeles buat sambutan itu.

 

 

Selena memuat naik foto sambutan kecil-kecilan itu di laman Instagram keesokan harinya. Foto yang dikapsyen “My people,” ditulis penyani Bad Liar itu di samping gambar beliau bersama kek dan teman-teman rapatnya.

 

Thank you for all of my bday love. I couldn’t be more blessed. A lot of you don’t realize how much you mean to me. I. Love. You. –think 25 is going to be epic. xo,” ditulis beliau buat satu lagi foto. 

 

 

Abel, 27, upload sebuah video di akaun Snapchatnya dengan tulisan “On my way to you,” dilengkapi dengan emoji mahkota serta lagu hitI Feel It Coming” olehnya.

 

Pasangan gembira ini mula menjalinkan hubungan pada bulan Januari lalu, dan membuat debut umum di Instagram semasa festival Cochella empat bulan kemudian.