Dengan Sekali Lafaz, Izara Aishah Sah Bergelar Isteri Adib Khalid
Selepas tiga bulan merancang majlis ini, aktres popular tempatan Izara Aishah, 25, sah bergelar isteri kepada Adib Khalid, 27, dengan sekali lafaz di GlamHall Mercu Mustafa Kamal pada malam tadi.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak empat tahun yang lalu dan mengikat tali pertunangan pada bulan Julai tahun ini.
Majlis indah itu telah dihadiri oleh lebih 500 tetamu termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, ibu tiri kepada Adib, rakan-rakan artis, dan teman-teman rapat kedua-dua belah pihak. Izara menerima lima dulang hantaran berserta mas RM700. Izara pula membalas pihak lelaki dengan tujuh dulang hantaran.

Izara yang lengkap dalam busana perkahwinan oleh pereka tempatan, Datuk Rizalman Ibrahim, kelihatan begitu anggun dalam busana serba putih dan veil uniknya itu yang secocok dengan persalinan suaminya.
Sempat ditemubual selepas majlis akad nikah tersebut Izara menyatakan kesyukurannya terhadap kelancaran majlis mereka yang telah membantu dan turut hadir untuk memeriahkan hari istimewanya bersama Adib.
“Alhamdulillah, sempurna sudah majlis pernikahan. Sejujurnya, saya berasa sangat gementar sebelum acara bermula. Namun, apabila Adib selesai melafazkan akad nikah, baru saya berasa lega. Apa yang pasti, bermula sudah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Saya mengharapkan semoga rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsung dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami,” pohon Izara.
GLAM mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan ini dan moga hubungan suci termeterai ini dibawa hingga ke hujung hayat.
Kalau cek pun cek ketaq #rizalmanbrides #hautecouturebyrizalman @glamweddings #izaraadib
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
