Ariana Grande Mengkritik Taylor Swift Kerana Terus Membisu?

Ariana Grande Mengkritik Taylor Swift Kerana Terus Membisu?

Hannah Montana dahulu pernah berkata “You get the best of both worlds,” namun jelas sekali itu bukanlah realitinya jika anda seorang selebriti di Hollywood. Especially jika anda Taylor Swift. Baru-baru ini Ariana Grande secara tidak langsung telah menegur sikap Swift yang terus mendiamkan diri di sebalik perubahan sosial yang berlaku di Amerika.

 

Persahabatan antara Grande dan Swift bermula empat tahun yang lalu sewaktu kedua-duanya dijemput untuk membuat persembahan khas buat Victoria’s Secret. Nampaknya banyak yang telah berubah dalam empat tahun ini dalam hubungan mereka. Grande, selain dikenali dengan ponytail tingginya, sering dikenali sebagai seorang penyanyi wanita yang lantang bersuara perihal isu-isu semasa. Menggunakan landasan yang dia ada untuk mengetengahkan isu-isu seperti keganasan senjata api, ketidakadilan terhadap golongan LGBTQIA+, dan mempertahankan hak wanita. Penyanyi cilik ini juga enggan berdiam diri menegur mereka yang enggan bersuara walaupun mempunyai landasan yang besar untuk berbuat demikian. Hi, Taylor Swift.

 

See also
Lily James Dilamar Burberry

Melalui temu bual bersama Elle, Grande diajukan soalan perihal rakan-rakan bintangnya “those who have a certain Reputation” yang tidak menggunakan suara mereka sebaik mungkin mengikut peredaran isu semasa. Grande menerangkan pilihan mereka untuk berdiam diri adalah sesuatu yang sukar untuk dia terima. Grande yang dikritik kerana kelantangannya menyatakan “apabila anda bersuara tentang apa sahaja, pasti akan ada suara lain yang menyampuk.”

 

“Tetapi jika saya terus membisu, apa guna saya berada di sini? Tidak semua orang akan setuju dengan anda, tetapi itu tidak bermakna saya akan berdiam diri dan menyanyi sahaja. Saya juga akan menjalankan tanggungjawab saya sebagais eorang manusia yang mengambil berat tentang manusia yang lain; untuk menjadi sekutu dan menggunakan hak saya untuk membantu mendidik orang ramai.”

 

Walaupun ini hanyalah secara telus, kenyataan Grande secara tidak langsung menjadi tamparan buat artis-artis sepert Swift yang masih lagi enggan menggunakan landasan mereka untuk membantu isu-isu yang dibincangkan.

 

Grande dan Swift sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang detik yang negatif, malah sebaliknya. Grande  juga pernah menyatakan hasratnya untuk menyertai squad Swift yang terkenal itu. Pada tahun 2015 Grande pernah meluahkan pendapatnya tentang ketidakadilan yang terpaksa diharungi oleh golongan wanita melalui Twitter dan dipuji oleh Swift sendiri (tweet tersebut tidak lagi wujud).

See also
Kylie Jenner Memperkenalkan Anak Perempuannya Kepada Dunia