Gigi Hadid Belasah Bekas Wartawan - Glam Malaysia

Gigi Hadid Belasah Bekas Wartawan

Milan Fashion Week baru sahaja bermula dua hari lepas. Supermodel popular seperti Gigi dan Bella Hadid turut terbang ke kota Itali tersebut untuk berjalan di pentas peragaan buat pereka fesyen terkemuka.

 
gigi hadid

Walaubagaimanapun, ketika keluar meninggalkan pentas peragaan Max Mara, Gigi Hadid diserang oleh bekas wartawan Vitalii Sediuk yang memeluk dan mengangkatnya dari belakang (video dibawah).
 
Gigi yang terkejut dengan serangan tersebut mempertahankan dirinya dengan menyiku muka Sediuk berulang kali dan cuba mengejar lelaki itu namun dihalang oleh pengawal peribadi. Gigi turut melontarkan kata-kata kesat kepada Sediuk.
 

vitalii sediuk

Vitalii Sediuk pernah ditahan polis

Vitalii Sediuk kemudiannya menghantar email kepada The Associated Press dan mengesahkan bahawa dia sengaja bertindak sedemikian sebagai satu protes terhadap penggunaan model-model selebriti.
 
Sebelum ini bekas wartawan tersebut pernah melakukan “gurauan” sedemikian kepada Kim Kardashian, Brad Pitt, America Fererra dan Will Smith yang menyebabkannya ditampar oleh pelakon lelaki tersebut. Sediuk juga pernah dipenjarakan di balai polis Los Angeles selama dua hari kerana gurauannya.

See also
Kanye West Boikot Anugerah Grammy