Spring at Seminyak Village Terbaik di Asia! - Glam Malaysia

Spring at Seminyak Village Terbaik di Asia!

springspa10
Spring at Seminyak Village yang diasaskan oleh Ina Bajaj telah dinamakan sebagai Best Day Spa Asia di World Spa Awards 2016 baru-baru ini.
 
Bajaj yang juga merupakan pemilik East Day Spa memberitahu beliau membuat keputusan untuk membuka cawangan di Bali kerana tertarik akan budaya dan masyarakat di pulau tersebut. Spring at Seminyak Village dibina khusus buat social spa-seeker.
 
Mengambil konsep moden dan minimalis, Spring at Seminyak Village mempunyai 180 darjah pemandangan Lautan Hindi, servis katering untuk spa berkumpulan atau individu, ruang spa indoor dan outdoor, serta persembahan DJ yang memainkan rentak muzik menenangkan sekaligus menjadikannya sebagai salah satu spa terhangat di Bali.