Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: Co + Co oleh Coco Rocha
Supermodel Coco Rocha terus meluaskan jelajah kuasanya. Cukup dikenali dengan teknik pose hebat, kini dia bakal melancarkan koleksi pakaian ready-to-wear pertamanya yang diberi nama Co + Co by Coco Rocha.
Koleksi pakaian tersebut bakal dijual di gedung pakaian terpilih serta laman web peragawati itu yang bakal dinaik taraf ke laman sesawang berasaskan gaya hidup pada penghujung Januari tahun hadapan. Mengetengahkan estetika kontemporari sukan, koleksi tersebut menampilkan 60 helaian yang lebih berteraskan gaya jalanan.
Mengenai keputusannya untuk melancarkan label sendiri, ujar Rocha, “Ianya seakan suatu peperangan berterusan untuk menolak stereotaip bahawa seorang peragawati hanya tahu duduk dan kelihatan cantik. Kini setelah lebih sedekad saya dikelilingi mereka yang berjiwa kreatif dalam industri, sudah tentu ianya menjadi inspirasi hebat buat saya.”
James Conran, suami kepada model itu yang juga seorang artis turut bekerjasama dalam projek itu. “Saya senang bekerja dengan James kerana pendapatnya yang jujur. Lebih mengejutkan, kami tidak pernah bergaduh perihal kerja.”
Menurut Rocha lagi, Co + Co menitikberatkan kualiti dari segi material dan teknik jahitan yang diaplikasikan. Mengangkat sisi sofistikasi seorang wanita, koleksi itu disasarkan pada golongan wanita berkerjaya.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
