Kim Kardashian West Bakal Menimang Cahaya Mata Ketiga - Glam Malaysia

Kim Kardashian West Bakal Menimang Cahaya Mata Ketiga

Baru sahaja sebulan yang lalu Kim Kardashian West dan suaminya Kanye West telah membuat keputusan untuk menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat ketiga mereka dan kini laporan baru pula menyatakan yang ibu tumpang yang diupah mereka itu sudah tiga bulan mengandung.

 

Foto: Dennis Van Tine/Future Image/WENN.com

Mengikut anggaran masa, cahaya mata ketiga Kardashian West bakal dilahirkan menjelang Januari 2018.

 

Kardashian West dan West juga merupakan ibu bapa kepada North West (4) dan Saint West (1) dan semasa mengandungkan kedua-dua ini Kardashian West sudah pun didiagnosis yang dia menghidap penyakit placenta accreta yang bmampu meragut nyawa wanita hamil yang menghidapnya.

 

Dalam satu episode Keeping Up with the Kardashians Kardshian West boleh dilihat sudah menerima nasibnya ini dan menyatakan “Say sudah mencapai keputusan yang saya tidak boleh mengandung lagi.”

 

Namun berita ini juga merupakan berita gembira buat Kardashian West dan West yang ingin membesarkan keluarga mereka. Kini Kim tidak lagi perlu memikirkan kesihatannya yang boleh membahayakan nyawanya itu.

See also
Apakah Gelaran Rasmi Meghan Markle Sebagai "Puteri" Terbaru United Kingdom?

 

Congrats, Kim and Kanye!