Berita Gembira Putera Harry & Markle Disambut Gembira Oleh Kerabat

Kerabat Diraja United Kingdom Meraikan Berita Gembira Putera Harry & Meghan Markle

Ikutan pengumuman besar perihal pertunangan Putera Harry dan Meghan Markle, keluarga Putera Harry juga turut tumpang gembira dan telah berkongsikan kegembiraan mereka dengan pihak umum melalui akaun Twitter Istana Kensington.

 

Duke of Cambridge Putera William dan Duchess of Cambridge Kate Middleton telah bersama-sama meluahkan rasa gembira mereka untuk Putera Harry dan Meghan: “We are very excited for Harry and Meghan. It has been wonderful getting to know Meghan and to see how happy she and Harry are together.”

 

Diikuti pula dengan Ratu Elizabeth dan suaminya Prince Philip melalui akaun Royal Family: “We are very excited for Harry and Meghan. It has been wonderful getting to know Meghan and to see how happy she and Harry are together.”

 

Tidak lupa juga ayahanda Putera Harry, Prince of Wales Putera Charles dan isterinya Duchess of Cornwall juga menyatakan kegembiraan mereka untuk pertunangan anakanda kedua mereka itu: “We’re thrilled. We’re both thrilled. We hope they’ll be very happy indeed.”

See also
Kisah Demi Moore Kehilangan Dua Giginya Kerana Stress

 

Pada hari yang sama juga Putera Harry dan Meghan Markle telah membuat penampilan rasmi di Istana Kensington untuk satu sesi photocall.