Mengingati Michael Jackson: Trivia Menarik Raja Pop
Oleh: Nur Sofea
Tanggal 29 Ogos 1958 merupakan hari lahir Michael Jackson. Isnin lalu merupakan hari lahirnya yang ke-57.
Dunia kehilangan seorang ikon seni apabila Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009, namun begitu legasi beliau masih berterusan melalui muzik dan liga peminatnya.
GLAM meraikan hari istimewa Raja Pop dengan menyenaraikan trivia menarik mengenai Michael Jackson dan senarai lagu-lagu ikonik Michael Jackson.
Penggemar Binatang
Haiwan perliharaan memainkan peranan penting dalam sebahagian dari hidup Michael Jackson. Raja pop ini memiliki tikus, ular, burung, llamas, harimau, anjing dan kucing sebagai haiwan perliharaannya, namun haiwan perliharaan yang paling disayangi ialah Bubble-seekor chimpanzee.
Bersifat Rendah Diri
Walaupun dia dikelilingi dengan kemasyhuran, kejayaan, skandal dan kontroversi, Jackson adalah seorang yang sangat merendah diri. Dia sering menjadi inspirasi sepanjang hidupnya termasuk petikan darinya yang agak terkenal,
“I’m just like anyone. I cut and I bleed and I embarrass easily”
Artis yang paling banyak memenangi anurgerah
Michael Jackson adalah artis yang paling banyak memenangi anugerah. Dia berjaya meraih 23 Guinness World Records, 40 Billboard Awards, 13 Grammys dan 26 American Music Awards.
Vegetarian
Michael Jackson mempunyai diet yang agak menarik. Malah chef peribadinya, Mani Naill turut mendedahkan pada People magazine bahawa Jackson sekali- sekala tidak akan makan selama berjam-jam dan dia sangat cerewet dengan makanannya. Menurut Naill lagi, Jackson mempunyai diet yang agak terhad dan turut menyatakan bahawa bintang pop itu merupakan seorang vegetarian yang tidak sukakan sayur. Dia juga mempunyai sweeth tooth namun begitu dia tidak gemarkan gula dan coklat.
Muziknya sering berkait rapat dengan usaha-usaha kemanusiaannya.
Selain dari terkenal dengan muzik electrifying, dia juga terkenal dengan sumbangan kepada masyarakat melalui seni muziknya. Pada tahun 1985, Jackson mencipta sejarah apabila dia berkolaborasi dengan 45 artis untuk sesi rakaman sepanjang malam yang membawa kepada ciptaan lagu “We Are The World”. Lagu itu berjaya meraih lebih daripada 63 juta dollar dan semua hasil itu digunakan untuk membantu manga kebuluran di Afrika.
Senarai Lagu Ikonik Michael Jackson Pilihan GLAM
Thriller
Smooth Criminal
Billy Jean
You are not alone
We Are The World
https://www.youtube.com/watch?v=vXwcacayJzA
Black and White
Earth Song
Bad
Beat it
You rock my world
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

