Nama Emma Stone Bukan Nama Sebenar Pelakon Tersebut - Glam Malaysia

Nama Emma Stone Bukan Nama Sebenar Pelakon Tersebut

Foto: Aurora Leone/Pacific Press

Pelakon Emma Stone yang baru-baru ini merangkul anugerah ‘Best Actress’ untuk Academy Awards untuk lakonannya dalam filem muzikal La La Land telah mendedahkan satu informasi yang baru mengenai namanya.

 

‘Emma’ dalam Emma Stone bukanlah nama sebenar pelakon berusia 28 tahun itu.

 

Hal ini bukanlah perkara baru kerana ada sahaja pelakon dan penyanyi yang menukar nama mereka untuk digunakan sebagai nama yang sesuai untuk kerjaya mereka seperti Alicia Keys, Natalie Portman, John Legend, Bruno Mars, Lana Del Rey dan ramai lagi.

 

Foto: Ampas/AdMedia

Emma yang diberi nama Emily Jean Stone diberitahu oleh SAG yang dia tidak boleh menggunakan nama sebenarnya kalau dia mahu menjadi seorang pelakon.

 

“Saya berusia 16 tahun semasa saya diberitahu oleh SAG yang saya tidka boleh menggunakan nama saya sendiri,” terang Emma kepada W Magazine.

 

Foto: Aurora Leone/Pacific Press

“Menyuruh seorang remaja untuk memilih nama yang baru merupakan satu proses yang menarik kerana saya berfikir, ‘Saya akan menjadi Riley. Nama saya adalah Riley Stone.”

See also
Kecilikkan Barrack Obama Yang Tidak Diketahui Umum!

 

“Saya bergelar Riley Stone selama enam bulan dan saya membuat kemunculan dalam sitkom Malcolm In The Middle dan pada suatu hari mereka memanggil ‘Riley, Riley,’ dan saya tidak tahu mereka sedang bercakap dengan siapa dan mereka terus, ‘Hey, hey cepat kami perlukan awak atas set.’ dan saya terus, ‘Oh saya bukan Riley, saya tidak boleh menjadi Riley.”

 

“Saya kemudiannya menukarkan nama saya kepada Emma sebab ia lebih dekat dengan Emily, tetapi orang yang mengenali saya memanggil saya ‘M’,” terangnya lagi.