fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ceria Dengan Monogram World Tour Oleh LV
Scarlett Johansson Pelakon Dengan Kutipan Bayaran Tertinggi 2016
Priyanka Chopra & Nick Jonas Bertunang Selepas Dua Bulan Bersama!
Persamaan Antara Beyonce & Michelle Obama
Emma Stone Berkongsi Kisah Pertarungannya Bersama Anxiety
Home > Uncategorized > Teman Lelaki Terbaru Mischa Barton Seorang Pewaris Harta $574 Juta

Teman Lelaki Terbaru Mischa Barton Seorang Pewaris Harta $574 Juta

Selepas memenangi kes mahkamah yang melibatkan video antara dirinya dan bekas teman lelakinya dalam satu situasi yang intim, pelakon Mischa Barton nampak sudah pun menemui kebahagiaan dengan cinta terbarunya.

Barton kini dilaporkan sedang menjalin hubungan bersama seorang model dan waris kepada harta bernilai $574 juta, James Abercrombie dari Australia.

 

Abercrombie merupakan anak kepada Andrew Abercrombie, bekas bendahari Parti Liberal Victoria.

 

Pihak pengurusan Abercrombie juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi perihal hubungan mereka berdua.

 

“James sekarang sedang menjalinkan hubungan bersama pelakon wanita terkenal Mischa Barton. James bertemu dengan Mischa di sebuah parti di Los Angeles sebulan yang lalu. Mereka kemudiannya pergi bercuti ke Perancis. Dia sekarang berada di Los Angeles dan mereka meluangkan masa yang banyak bersama.”