fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kylie Jenner Memecah Tradisi Dengan Kelahiran Anak Perempuannya
Sehari Selepas Pemergian Carrie Fisher, Ibunya Menyusul
Hilary Duff Bersuara Tentang Layanan Hollywood
Ralph Lauren Dipilih Untuk Menggayakan Melania Trump?
Koleksi H&M Malaysia Edisi Terhad bersama Daiyan Trisha
Home > Uncategorized > Demi Lovato Musuh Baru Taylor Swift?

Demi Lovato Musuh Baru Taylor Swift?

demi-taylor

Demi Lovato mengkritik Taylor Swift kerana kejam terhadap Katy Perry dan mempunyai ‘girl squad’ yang terlalu sempurna. Dia membuat kenyataan tersebut dalam satu temubual bersama majalah Glamour.
 
“Saya tahu kata-kata saya ini bakal memberi saya masalah tetapi tiada seorang pun dalam ‘squad’ Taylor Swift mempunyai badan yang normal. Mereka memberi persepsi palsu kerana tiada seorang pun antara mereka yang mewakili badan seorang wanita biasa. Ia sangat tidak realistik,” kata Lovato
 
Dia juga memberikan komen tentang muzik video ‘Bad Blood’ oleh Taylor Swift yang berkisah tentang pergaduhannya dengan Katy Perry.
 
“That’s not women empowerment. Ada sebab mengapa saya mengakui saya seorang feminis, ia kerana saya bersuara dan sentiasa cuba untuk mempertahankan wanita,”
 
Walaubagaimanapun, sumber Swift memberitahu E! News bahawa Demi cemburu dengan ‘squad’ penyanyi ‘Love Story’ itu kerana mereka sangat rapat dan sentiasa menyokong satu sama lain.
 
Oleh: Lylatul Qadrina