Kisah Cinta Baru Antara Selena Gomez dan The Weeknd - Glam Malaysia

Kisah Cinta Baru Antara Selena Gomez dan The Weeknd

Hampir dua bulan selepas berita perpisahan model Bella Hadid dan penyanyi berbakat The Weeknd dilaporkan, bekas teman lelaki Bella itu didapati bermesra-mesraan dengan seorang penyanyi yang menghilangkan diri beberapa bulan lalu disebabkan masalah kesihatannya iaitu, Selena Gomez.

 

Foto: AKM-GSI

Foto: AKM-GSI

Selena Gomez dan The Weeknd tampak bercumbuan selepas keluar dari sebuah restoran Santa Monica pada Selasa lepas.

 

AKM-GSI

Foto: AKM-GSI

Dalam gambar-gambar yang sedang hangat dikongsikan di alam maya ini, Selena kelihatan seperti seorang yang sedang angau sambil memeluk The Weeknd sambil mencium pipi penyanyi lelaki itu.

 

Foto: AKM-GSI

Foto: AKM-GSI

Mengikut laporan seorang saksi, pasangan tersebut tiba di restoran tersebut dalam jam 9 malam dan berbual dalam sebuah bilik peribadi selama tiga jam sebelum keluar daripada restoran tersebut.

 

Foto: AKM-GSI

Foto: AKM-GSI

Kedua-duanya sudah mengenali antara satu sama lain buat masa yang agak lama dan mereka juga sedang bekerjasama untuk menghasilkan muzik baru mengikut satu sumber yang juga menambah bahawa Selena sangat menyukai The Weeknd (Abel Tesfaye) dan mereka hanya baru mula mengenali hati budi masing-masing.

See also
Helah Cantik Di Meja Solek Untuk Musim Festival

 

“Mereka keluar dan mereka kelihatan sangat gembira. Mereka berpelukan dan berciuman. Selena kelihatan bagus dan sangat sangat gembira dan dilamun cinta,” kata seorang saksi.

 

Foto: AKM-GSI

Foto: AKM-GSI

Kedua-duanya menuju ke rumah Selena selepas itu.

 

And oh! Bella Hadid dikatakan sudah unfollow Selena di Instagram. Coincidence?

 

Walau apapun GLAM mengharapkan hubungan ini akan berjaya and they deserve to be happy.