Cara Putera William dan Putera Harry Mengenang Puteri Diana - Glam Malaysia

Cara Putera William dan Putera Harry Mengenang Puteri Diana

Oleh: Nur Sofea 
 

princessdiana

Gambar: paigeholloway.wordpress


 
Always remembered! Sudah 19 tahun berlalu sejak Puteri Diana meninggal dunia secara tragis pada 31 Ogos 1997. Setiap tahun, dana untuk Princess of Wales Memorial akan disumbangkan kepada badan amal kemanusiaan sebagai tanda memperingati Puteri Diana.
 
Princess Diana and The Princes

Gambar: usmagazine.com


 
Putera William dan Putera Harry masing-masing berumur 15 tahun dan 12 tahun selepas Princess of Wales meninggal dunia pada usia 36 tahun selepas mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, kedua-dua Putera ini akan sering mengambil masa untuk mengenang masa yang mereka kongsi bersama-sama bonda mereka, Puteri Diana. GLAM senaraikan petikan menyayat hati dari Putera William dan Putera Harry mengenai Puteri Diana.
 

“ Masa menjadikannya lebih mudah… Saya masih merindui ibu saya setiap hari- dan sudah hampir 20 tahun sejak dia meninggal dunia.”

-Putera William, di Keech Hospice Care di Luton, Ogos 2016

 

“ Saya benar-benar menyesal kerana tidak pernah bercakap tentang (kematiannya). Bagi 28 tahun dalam hidup saya, saya tidak pernah bercakap mengenainya.”

-Putera Harry, melalui Rio Ferdinand pemain bola sepak Manchester United, Julai 2016

 

“Saya sentiasa berharap dia sentiasa memerhatikan kami dengan air mata di matanya dan berasa bangga dengan apa yang telah kami capai. Saya pasti dia ingin melihat saya untuk mempunyai anak-anak supaya dia boleh menjadi nenek lagi.”

-Putera Harry, di Good Morning America, Mac 2016.

 

“Pada mulanya, ada rasa terkejut dan rasa tidak percaya bahawa semua ini boleh berlaku. Kita tidak akan dapat merasai kesedihan sebenar sehingga kita mengalaminya sendiri. Bagi kebanyakan ia adalah kedukaan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Hidup perlu diteruskan seperti mana yang telah diaturkan dan tidak pun dalam masa sehari berlalu tanpa kita mengingati mereka yang telah tiada. Saya yakin dari masa ke masa, saya akan dapat belajar menerima apa yang telah berlaku sebelum ini dan melangkah ke depan dengan mengingati semula kenangan berharga bersama ibu saya.”

 -Putera William, kepada Daily Mail, Januari 2014

 

“Apa yang diberitahu ibu saya ketika itu dan apa yang saya faham sekarang adalah kesedihan itu adalah pengalaman yang paling menyakitkan bagi mana-mana kanak-kanak atau ibu bapa. Sebagai  bapa kepada dua orang anak kecil, saya kini boleh menilai dengan lebih baik.”

-Putera William, di Child Bereavement U.K gala, Oktober 2015

 

“Saya tahu hati mereka akan sentiasa ada lubang kosong yang tidak boleh diisi. Kanak-kanak di pusat itu jauh lebih muda daripada saya, dan sudah tentu keadaan mereka lebih mencabar daripada saya sendiri. Namun begitu, kami berkongsi perasaan kehilangan yang sama, mempunyai orang yang dikasihi- dalam kes saya, ibu saya dirampas secara tiba-tiba.”

-Putera Harry, di Mamohato Children’s Centre, Afrika, November 2015

Prince William and Prince Harry

Gambar: usmagazine.com

POST A COMMENT