Hubungan Istimewa Meghan Markle dan Ratu Elizabeth

Keakraban Meghan Markle & Ratu Elizabeth Mendapat Perhatian Ramai

Hubungan Duchess of Sussex Meghan Markle bersama suaminya, Putera Harry, menarik tumpuan umum sejak mereka mengumumkan permulaa hubungan mereka sehinggalah ke majlis perkahwinan mereka yang disaksikan oleh lebih kurang 50 juta orang serata dunia.

 

Gambar Jeff J Mitchell/Getty Images

Lagi mengejutkan adalah minat orang ramai terhadap hubungan Meghan bersama nenda Putera Harry, Ratu Elizabeth. Sejak hubungan antara Meghan dan cucu beliau menjadi umum, laporan sering menyatakan Ratu Elizabeth sangant menyenangi kehadiran Meghan dalam hidup Putera Harry dan juga keluarga kerabat diraja England.

 

Dalam masa yang singkat juga, hubungan Meghan bersama Ratu Elizabeth mula berkembang dan mereka semakin mesra dan selesa. Hal ini turut disahkan oleh sumber yang berkait rapat dengan pihak istana.

 

Gambar Starmax/Newscom via ZUMA Press

Selepas Duchess of Sussex menghadiri Anugerah Pemimpin Muda yang dinajurkan oleh Ratu Elizabeth sendiri di Istana Buckingham, “Malam tadi dia sangat tenang dan selesa berada bersama Ratu Elizabeth. Dia sudah membina hubungan yang akrab bersama ratu sendiri dan bapa mertuanya, Putera Charles. Dia berusaha untuk memenangi hati mereka dan melakukan apa sahaja agar dia tidak tersalah perilaku.”

See also
Kylie Kristen Jenner Is Pregnant?

 

Satu lagi peristiwa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila Ratu Elizabeth menjemput Meghan untuk menaiki kerata api peribadi beliau yang beliau sendiri tidak pernah tawarkan kepada Putera Harry sendiri. Malah Kate Middleton juga harus menunggua selama setahun untuk menerima jemputan tersebut.

 

Sumber itu turut menyatakan sebab utama Ratu Elizabeth membuka hatinya kepada Meghan adalah berdasarkan pengalamannya dalam kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya sehingga kini (malah sebelum dia bertemu dengan Putera Harry lagi). Meghan juga dilaporkan sudah berjumpa dengan beberapa buah organisasi untuk memulakan langkahnya sebagai Duchess of Sussex dan memperjuangkan kesetaraan jantina, pendidikan untuk wanita, hak asasi manusia tanpa mengira latar belakang.