Kendall Jenner Belajar Menembak Untuk Melindungi Diri Dari Stalkers?
Hidup sebagai seorang selebriti penuh dengan pancaroba, ada hari mereka perlu menghadap kritikan orang ramai dan pada hari yang lain pula terpaksa berdepan dengan khabar angin yang kadangkala tidak masuk akal logik. Bagi mereka yang “bertuah” pula, peminat mereka yang terlampau obses sehingga stalker menjadi pilihan kerjaya mereka.

Kendall Jenner baru-baru ini membuka cerita tentang perkara yang dia takuti dan perlu diharungi “literally once a week” sebagai seorang yang mempunyai nama di Hollywood dan model antarabangsa. Dalam episod terbaru Keeping Up With the Kardashians Kendall mengambil langkah berjaga-jaga bersama kakaknya Khloé demi keselamatan mereka.

Kedua-dua beradik ini membuat keputusan untuk belajar cara menggunakan pistol.
“Sekali seminggu saya akan berhadapan dengan penghendap, sesiapa sahaja muncul di depan rumah saya, mereka tunggu di luar rumah saya dan bahagian keselamatan tidak membenarkan saya keluar,” ujar Kendall.
Kendall juga mengaitkan insiden rompakan di Paris yang menimpa kakaknya, Kim, juga menjadi salah satu sebab dia juga merasa tidak selamat.
“Saya merasakan kita telah menjadi sasaran yang besar dan sekarang orang memecah masuk rumah kita dan menghendap kita,” sambungnya lagi dan mengesahkan keluarga mereka terpaksa memperbaharui sistem keselamatan mereka ikutan insiden-insiden ini.
Hal ini kemudiannya dibawakan kepada Kim sendiri dan mereka mempersoalkan jika insiden itu mungkin berubah jika Kim mempunyai sepucuk pistol pada waktu itu di Paris.
Kim dengan pantasnya membidas kenyataan adik-adiknya itu. “Saya tidak akan menembak mereka, tiga berhadapan dengan enam atau tujuh, tidak ada cara untuk saya keluar dari situ, dan saya bukan Lara Croft. Saya pasti tidak sempat mendapatkan pistol itu.”
“Saya juga merasa tidak selesa dengan kweujudan pistol dalam rumah saya dan tidak mahu anak-anak saya berdekatan dengan benda itu. Saya juga tidak mahu mereka yang datang melawat dan tahu tentang kewujudan sepucuk pistol dalam rumah saya,” Kim menyuarakan pendapatnya tentang pemilikan pistol dalam rumahnya.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
