Related Stories
Keputusan Berani Emma Watson Disanjung Ramai!
This is why she has our hearts.
Sejak kebelakangan ini, korset telah menjadi salah satu trend terpenting musim ini. Ia dapat dilihat di gaya jalanan gadis fesyen seperti Gigi Hadid, hinggakan ke rumah fesyen gergasi seperti Maison Martin Margiela dan Prada semasa pertunjukan fesyen mereka yang baru berlalu. Ia mungkin dilihat sebagai suatu yang in dalam dunia fesyen tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia mengehadkan pergerakkan fizikal!
Emma Watson baru-baru ini dikhabarkan enggan memakai korset buat wataknya sebagai Belle dalam filem live-action Beauty and the Beast. Sebagai jurucakap buat hak wanita, keputusan beliau tidak mendatangkan kejutan besar. Pelakon jelita itu turut memberitahu Entertainment Weekly bahawa beliau memainkan peranan besar dalam pembentukan semula identiti puteri ikonik Disney itu.
Dan korset bukan salah satu yang dipersetujui. Emma berganding bahu bersama pencipta serta pereka kostum filem itu, Jacqueline Durran bagi menggubah semula gaya serta personaliti buat watak Belle, di samping menuntut ilmu menunggang kuda!
Sehingga tahap tertentu, filem Disney itu berkontra dengan cerita asalnya yang hanya meletakkan wanita [terutamanya Belle] sebagai menghembus nafsu. Namun filem live-action itu mengatasi stereotaip yang dilemparkan ramai sebelum ini dengan meraikan wanita melalui personaliti, kemahiran pergerakan serta aksi dan bukan hanya pada penampilan sahaja.
Oleh: Aizat Azman Shah
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


