Penyanyi 'Last Christmas' George Michael Meninggal Dunia Pada Usia 53 - Glam Malaysia

Penyanyi ‘Last Christmas’ George Michael Meninggal Dunia Pada Usia 53

 

Penyanyi lagenda British lagu ‘Freedom ‘90’, ‘Last Christmas’, dan ‘Faith’ meninggalkan dunia semalam di rumahnya di England.

 

Pegawai seranta George Michael mengesahkan yang dia meninggal dunia pada pukul 11 malam tanggal  25 Disember.

 
 © Michael Putland / Retna/Photoshot. Credit all uses
 

George menempa namanya dalam dunia hiburan sebagai duo Wham! yang membuat debut mereka pada tahun 1983 dengan album ‘Fantastic’ yang berjaya meraih tempat pertama di U.K.. Album kedua mereka ‘Make It Big’ yang dikeluarkan pada 1984 juga turut menjadi popular di 11 buah negara termasuk U.S. dan U.K..  

 

 

Michael memulakan kariernya sebagai penyanyi solo pada tahun 1987 dengan pelancaran ‘Faith’ di mana album ini berada dalam kedudukan Top 10 untuk Carta Billboard 200. Kejayaan album tersebut tmenyebabkan George diberi anugerah Album of The Year semasa di Grammys pada tahun 1989.

 

 

Tahun-tahun berikutnya George terus menempa nama dalam dunia nyanyian dengan album seperti ‘Life Without Prejudice Vol. 1’, duetnya bersama Sir Elton John ‘Don’t Let The Sun Go Down On Me’, dan albumnya ‘Older’.

See also
Ariana Grande Berjanji Untuk Kembali Ke Manchester

 

 

Sebagai seorang penyanyi solo George telah menjual sebanyak 100 juta rekod seluruh dunia dan hasil karyanya yang terakhir adalah pada tahun 2014 ‘Symphonica’.

 

Nama George Michael juga amat sinonim dalam dunia fesyen sehinggakan video muziknya untuk ‘Too Funky’ dan ‘Freedom! ‘90’ dijadikan rujukan untuk gaya-gaya awal tahun 2000.

 

Dunia muzik dan dunia fesyen telah kehilangan seorang insan yang sangat ikonik dan unik and he will be missed dearly.

 

 

Pasangannya dalam dalam duo Wham! Andrew Ridgeley dan Sir Elton John juga turut menyatakan kesedihan mereka dengan pemergian sahabat mereka tersebut.

 


 
https://www.instagram.com/p/BOdVz_XFmD-/?hl=en
 

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid