fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Gwen Stefani Menjadi Duta Global Syarikat Kosmetik
Butiran Rancangan Sewaktu Kememangkatan Ratu Elizabeth
Lady Gaga Kalahkan Beyonce dan Taylor Swift
Dior Suite Pilihan Bintang Terkenal Tampil Menawan di Cannes
Selena Gomez Akhirnya Mengaku Tentang Status Hubungannya Bersama Justin Bieber
Home > Uncategorized > Magis Chanel No. 5

Magis Chanel No. 5

Oleh: Nur Sofea
 
Untitled
 
Pada tahun 1921, Mademoiselle Chanel mencipta wangian pertamanya Chanel No. 5 Parfum bersama Ernest Beaux. Minyak wangi untuk wanita yang dicipta oleh seorang wanita.
 
Chanel No. 5 bukanlah wangian semata-mata tetapi merupakan warisan yang mencerminkan idea feminin, karya agung yang diwariskan dari generasi ke generasi. Pada 1924, tiga tahun selepas penciptaan wangian itu, Ernest Beaux pula mencipta Chanel No. 5  Eau de Toilette. Pada tahun 1986, Jacques Polge mencipta Chanel No. 5  Eau de Parfum. 22 tahun kemudian, dia berani untuk memberi nafas baru kepada formula wangian itu dan diberi nama Chanel No. 5  Eau Primere.
 
Untitled 1
 
Tahun ini, giliran Perfumer Olivier Polge pula memperkenalkan penciptaan No. 5 L’EAU- rangkaian No. 5 yang baru.
 
Chanel No 5 L’eau ini merupakan wangian gabungan dari buah sitrus dan bunga yang dipilih sendiri oleh Olivier Polge.  Gabungan buah sitrus seperti lemon, limau mandarin dan oren serta bunga ros, jasmine dan ylangylang memberikan aroma segar dan moden pada rangkaian wangian Chanel No. 5 terbaru ini.