fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Angelina Jolie dan Brad Pitt Batalkan Penceraian?
Kendall Jenner Tidak Senang Hati Dengan Hubungan Sofia Richie Bersama Scott Disick
Bella Hadid: “I Am Proud To Be Muslim”
Selena Gomez Pernah Dimarahi Pengasas Instagram
Bintang Korea Selatan Berbakat Kim Jonghyun Akan Dirindui Peminat
Home > Uncategorized > Marie Antoinette at the Gym

Marie Antoinette at the Gym

Gambar: dailymail.co.uk
 
rihanna
 
Rihanna bukan sahaja lincah sebagai penyanyi bahkan dia turut mempunyai bakat dalam bidang fesyen. Minggu Fesyen Paris menjadi pentas buat Rihanna untuk memperagakan koleksinya bersama Puma. Pertunjukan fesyen itu turut disiarkan secara langsung di laman streaming muzik, Tidal milik Jay-Z.
 
Diilhamkan dari konsep “Marie Antoinette at the Gym”, Rihanna memberikan sentuhan feminine pada pakaian streetwear seperti hoodies, track bottom dan sneakers dengan penggunaan tona warna lembut seperti  ivory, merah jambu, nude dan army green. Corak  bunga dan fabrik renda pada rekaan pakaian wanita dan lelaki menguatkan lagi aura feminin pada rekaan ini dan menggaburkan konsep gender delineations dalam fesyen.
 
rihanna-combine
 
Kombinasi mid-range tonal palette dan tunic-length hoodies memang seakan-akan mengingatkan pada koleksi terbaru Kanye West’s untuk Adidas namun begitu, koleksi dari Rihanna lebih inventif dan lebih terperinci.
 
Di akhir pertunjukan, Rihanna muncul dengan menggayakan busana rekaannya sambil melambaikan kipas tangan yeng bertulis Puma dan menjadi bukti bahawa dia kelihatan sangat cantik dengan pakaian rekaannya sendiri.
 
rihanna-last-stage