Sheena Liam Sudah Bertunang Bersama Pelukis Berbakat Lithunia! - Glam Malaysia

Sheena Liam Sudah Bertunang Bersama Pelukis Berbakat Lithunia!

Pemenang Siri Kedua rancangan Asia’s Next Top Model, Sheena Liam dikhabarkan telah bertunang bersama teman lelakinya, Ernest Zacharevic! Ernest merupakan seorang pelukis mural dari Lithunia. 

 

Pasangan secocok ini telah bersama sejak tiga tahun lalu. Sheena dan Ernest kongsikan berita gembira mereka melalui laman sosial masing-masing.

 

Ernest, 31, kongsikan cara luar biasa beliau melamar model dari Selangor itu — melalui dua papan tanda besar di kawasan perkampungan Lithunia! Mereka sedang berada di negara Eropah Tengah itu buat resepsi perkahwinan teman-teman mereka.

 

Ernest why you gotta be so extra? ?

A post shared by Liam | 粘悦馨 (@sheenaliam) on

Model berketinggian 5’9 itu juga telah menukar status Facebook beliau kepada “Got engaged to Ernest Zacharevic” (Bertunang bersama Ernest Zacharevic). Sheena berkata bahawa beliau lebih terharu akan papan tanda tersebut dari lamaran teman lelaki kacaknya!

 

Apabila ditanya tentang tarikh ikatan tali perkahwinan mereka, Sheena berkata, “Pastinya perkahwinan musim panas buat Lithuania dan mungkin satu di KL dan Pulau Pinang. Lihat sahaja apa yang dikatakan oleh keluarga saya”, dengan gembira!

 

Pasangan bagai pinang dibelah dua ini sering ke acara-acara fesyen bersama, seperti pembukaan butik Dior di Suria KLCC dan butik Coach di Pavillion Elite tahun lepas. 

 

Kedua-duanya menampakkan chemistry dalam hubungan mereka melalui minat mereka dengan dunia seni. Kedua-duanya juga mahir dalam jurusan seni yang berbeza membuatkan kesinambungan hubungan mereka lebih nyata dan menarik.

 

Zacharevic seorang artis yang tersohor mula menempa nama dalam dunia seni tempatan dengan hasil karya mural bersirinya yang boleh didapati di Pulau Pinang dan kini dinobatkans sebagai lokasi-lokasi hot spot buat pelancong yang bertandang ke Penang.

 

Karya seni Sheena pula sering dipertontonkan di akaun Instagram peribadinya dalam bentuk sulaman kontemporari yang menggabungkan elemen 2D dan pop art untuk setiap karyanya sehingga menarik perhatian Teen Vouge.

 

Peminat kedua-dua pasangan ini pasti mengharapkan hanya yang terbaik buat Sheena dan Ernest. 

POST A COMMENT