Salma Hayek Menerima Ugutan Bunuh Daripada Harvey Weinstein

Salma Hayek Pernah Diugut Bunuh Oleh Pemangsa Seksual Harvey Weinstein

Menyertai wanita-wanita di Hollywood yang sudah bersuara menentang kekejian penerbit ternama Hollywood Harvey Weinstein yang juga mempunyai pekerjaan sampingan sebagai pemangsa seksual yang mengambil kesempatan terhadap wanita dalam kerjaya mereka,  aktres ternama dan pembikin filem Salma Hayek pula telah tampil dengan pengalaman pahitnya sendiri melibatkan lelaki itu. Salma telah menerbitkan kisahnya melalui New York Times yang melibatkan keperitan dan rintangan yang terpaksa dihadapinya dalam pembikinan filem Frida yang telah memenangi dua anugerah di Oscars.

 

Melalui eseinya itu Salma menyatakan sewaktu dia membuat perjanjian dengan syarikat penerbitan Miramax untuk filem tersebut dia juga terpaksa berhadapan dengan gangguan yang dilakukan oleh Weinstein yang berterusan buat tempoh yang lama. Kenyataan Salma tentang perbuatan keji lelaki itu juga sering dibalasnya dengan jawapan tidak.

No to me taking a shower with him. No to letting him watch me take a shower. No to letting him give me a massage. No to letting a naked friend of his give me a massage. No to letting him give me oral sex. No to my getting naked with another woman. And with each refusal came Harvey’s Machiavellian rage.

Amarah yang ditunjukkan oleh Weinstein itu juga pernah menyebabkan Salam pernah diseret daripada karpet merah dan  dipaksa untuk menghadiri sebuah parti peribadi yang juga membawa kepada ugutan bunuh oleh Weinstein: “I will kill you, don’t think I can’t.”

Ini semua berlaku sebelum dia memulakan penggambaran untuk Frida dan dia juga berterusan menolak gangguan seksual Weinstein dan juga cubaannya untuk menyusahkan kerja Salma. Aktres tersebut cuba untuk menarik diri daripada kontraknya bersama Miramax dengan mengambil tindakan undang-undang namun syarikat Weinstein membalas dengan tuntutan seperti menulis semula skrip, menaikkan $10 juta, dan menarik pengarah ternama  untuk dia menerbitkan filem tersebut.

 

Salma menunaikan segala permintaan Weinstein di mana dia sendiri tidak percaya dia berjaya berbuat demikian. Namun tidak banyak yang berubah. “Ironically, once we started filming, the sexual harassment stopped but the rage escalated.”

 

Weinstein menghadiri satu sesi penggambaran dan mengkritik interpretasi Salma terhadap artis wanita terkenal itu dan memberitahu Salma bahawa apa yang menarik tentang dirinya adalah tarikan seksualnya dan dia tidak dapat melihat tarikan tersebut dalam filem ini. “He told me he was going to shut down the film because no one would want to see me in that role.”

 

Untuk memuaskan nafsu syaitannya dan supaya penggambaran boleh diteruskan Weinstein mencadangkan babak seks dengan seorang aktres wanita dan dia meminta “full-frontal nudity.” Salma terpaksa menurut permintaannya itu untuk meneruskan penggambaran memikirkan penat leluh kolaboratornya. Namun di set dia mengalami gangguan emosi dan terpaksa mengambil ubat penenang.

It was not because I would be naked with another woman. It was because I would be naked with her for Harvey Weinstein.

Filem tersebut menerima sambutan yang mengalakkan ikutan tayangannya dengan hasil kutipan bersih sebanyak  $50 juta, enam pencalonan Oscars, dan dua anugerah Oscars. Kisah Salma ini membuktikan bahawa dunia kita mempunyai masalah di mana seorang individu, lelaki terutamanya, mempunyai kuasa untuk mensabotaj kerjaya seseorang hanya kerana mereka berada di posisi yang membenarkan mereka untuk membuat demikian tanpa memikirkan akiabtnya terhadap mereka yang terkena. We need change desperately!

 

Salma mengakhiri luahan hatinya dengan mesej yang harus diberi perhatian oleh sesiapa sahaja yang waras di dunia ini: “But why do so many of us, as female artists, have to go to war to tell our stories when we have so much to offer? Why do we have to fight tooth and nail to maintain our dignity?”

POST A COMMENT