fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Hos Fashion Police, Joan Rivers Meninggal Dunia
Ketua Pengarang Vogue Arabia Dipecat Hanya Selepas Dua Isu
KLFWRTW 2016 Day 2: Diantara Aura Elegan Dengan Revolusi Fesyen Baru
Britney Spears Membuktikan Dia Boleh Menyanyi Live
Hailey Baldwin Kini Bergelar Hailey Bieber?
Home > Uncategorized > Cara Bijak Naomi Campbell Menafikan Dia Tidak Hamil

Cara Bijak Naomi Campbell Menafikan Dia Tidak Hamil

Supermodel yang dikenali dengan rupa menawan dan personaliti yang fierce Naomi Campbell telah memberi pengajaran dalam Shutting Down Rumors 101. Grime MC Skepta, lelaki yang hangat dikhabarkan sebagai teman lelaki supermodel itu, telah berkongsikan sekeping foto sonogram di Instagramnya sendiri dengan caption “Baby Adenuga” –nama keluarga rapper tersebut– menyebabkan Campbell tampil dengan penjelasannya sendiri.

 

Tanpa perlu berkata banyak, Campbell telah kongsikan fotonya sendiri untuk menyangkal sangkaan orang ramai yang mengaitkan fot Skepta itu dengan dirinya. Dalam foto tersebut, Campbell dilihat menampilkan perutnya yang toned dan kelihatan menawan dalam bikini two-piece di atas sebuah yacht.

 

Skepta juga tidak memberikan sebarang penjelasan tentang foto tersebut. Ada juga yang membuat spekulasi foto tersebut mungkin milik ahli keluarganya sendiri dan bukan Campbell.

 

Walaupun Campbell dan Skepta belum tampil dan mengeluarkan kenyataan rasmi, Campbell masih lagi menyimpan hasratnya untuk mempunyai keluarganya sendiri. Melalui temu bual Mei yang lalu, Campbell menyatakan “Saya sentiasa memikirkan peluang untuk menimang cahaya mata. Dengan sains sekarang, saya rasa saya boleh hamil pada bila-bila masa sahaja. Supermodel itu juga menegaskan dia ingin menimang cahaya mata dengan pasangannya dan bukan seorang diri.

 

I could have children. I just don’t know which way I’ll have children. But I think I’ll have children, everyone thinks I’ll be a good mother. I’ve always considered it. I’ll just do it when I’m ready. I’m not rushing to anyone’s drumbeat, I’m going to my own.”