Rupa Kacak Tyler Clinton Menarik Perhatian Ramai - Glam Malaysia

Rupa Kacak Tyler Clinton Menarik Perhatian Ramai

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi kebiasaan untuk model-model baru melonjak naik dan menarik perhatian khalayak umum bukan sahaja kerana rupa mereka tetapi juga kerana nama mereka.

 

Antaranya adalah Kaia Gerber (anak perempuan Cindy Crawford), Lily-Rose Depp, Kendall Jenner, Gigi, Bella, dan Anwar Hadid, Rafferty Law, dan ramai lagi.

 

Baru-baru ini, seorang model baru dengan latar belakang keluarga yang agak berpengaruh telah menarik tumpuan ramai sejak dilihat menghadiri sebuah acara rasmi pada tahun 2016.

 

Tyler Clinton.

 

Tyler merupakan anak saudara kepada bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan Hilary Clinton yang juga pernah bertanding untuk presiden sebelum ini.

 

Model berusia 22 tahun itu dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama IMG Models yang turut mewakili Ashley Graham, Gigi Hadid, Karlie Kloss, serta ramai lagi model-model ternama.

 

Walaupun masih baru lagi dalam industri ini, Tyler telah mengisi ruangan profilnya di laman sesawang IMG dengan beberapa gambar yang menarik.

See also
10 Outfit Terbaik Princess Diana Bawa Estetik Old Money

 
[envira-gallery id=”64416″]

Ini juga bukan kali pertama Tyler menjadi topik berita. Dua hari selepas Hilary tewas kepada Presiden Trump, berita mengenai Tyler yang ditahan kerana satu pergolakan di sebuah bar yang melibatkan “disyak menyerang seorang lelaki dengan senjata merbahaya di bahagian kepala.” Namun berita itu kemudian disahkan oleh laman sesawang balai polis tersebut sebenarnya telah berlaku setahun yang lalu.