Model Diugut Dengan Cara Jijik Hanya Kerana Bulu Kaki

Model Diugut Dengan Cara Jijik Hanya Kerana Bulu Kaki

2018 sudah semakin hampir dan kita masih lagi dalam era di mana masyarakat (lelaki dan wanita) merasakan mereka mempunyai hak untuk menentukan apa yang perlu dilakukan oleh golongan wanita supaya lebih diterima di mata mereka.

 

Seorang model dari Sweden, Arvida Byström telah ditampilkan dalam sebuah iklan kempen buat Adidas Originals yang dikeluarkan pada awal September lalu dan dia juga telah menerima beberapa ugutan yang tidak masuk akal kerana dia tidak mencukur kakinya dalam klip video tersebut.

 

Kaki Byström hanya muncul untuk beberapa saat sahaja dalam klip tersebut namun itu sahaja yang manusia-manusia fikir bagus ini boleh nampak? Sambil klip kaki model tersebut dimainkan dia juga turut meminjamkan suaranya untuk iklan tersebut:

I think femininity is usually created from our culture. So I think everybody can do feminine things, can be feminine. And I think in today’s society, we’re very scared of that.

Untuk 15 saat itu jugalah menyebabkan Byström menerima ugutan perkosa dan maki hamun melalui akaun Instagramnya.

See also
Kim Kardashian Gunakan Ibu Tumpangan?

 

Byström membidas kembali kritikan-kritikan tersebut dengan satu foto menampilkan kakinya yang tidak bercukur di Instagram, dengan kapsyen:

 

Me being such an abled, white, cis body with its only nonconforming feature being a lil leg hair. Literally I’ve been getting rape threats in my DM inbox. I can’t even begin to imagine what it’s like to not possess all these privileges and try to exist in the world. Sending love and try to remember that not everybody has the same experiences being a person.

Isu seperti ini bukanlah kali pertama model Sweden ini tampil untuk memperjuangkan hak wanita. Byström sebelum ini pernah berkolaborasi bersama artis Molly Soda dan mengeluarkan sebuah buku Pics or It Didn’t Happen: Images Banned From Instagram yang menampilkan 270 foto yang dilarang di Instagram kerana melanggar peraturan mereka.