Related Stories
Tom Ford Menerangkan Kenyataannya Mengenai Melania Trump

Foto: Sthanlee Mirador
Pereka jenama mewah Tom Ford pernah menyuarakan pendapatnya apabila ditanya mengenai ketidakinginannya menggayakan isteri Presiden-Pilihan Melania Trump kerana dia tidak mencerminkan imej yang lazim dengan jenama Tom Ford.
Ini bukanlah kali pertama Tom Ford enggan menggayakan Melania Trump kerana dia pernah menolak tawaran seperti ini beberapa tahun yang lalu.
Kenyataan yang dikeluarkan Tom itu telah diambil kesempatan oleh netizen sebagai caranya untuk menyatakan bahawa dia anti-Trump.

Foto: Valerie Brooks/WENN.com
Semasa di atas karpet merah di Anugerah Golden Globe ke-74, Tom telah memberitahu ELLE:
“Memandangkan kepercayaan Presiden ini adalah ‘made in America’– saya merasakan pakaian yang mereka pakai harus dibuat di Amerika. Saya rasa sesiapa sahaja yang menjadi Presiden, ataupun First Lady, harus memakai pakaian dengan harga yang sesuai untuk semua rakyat Amerika, dan juga memakai pakaian yang dihasilkan di Amerika. Pakaian saya dibuat di Itali, dan harganya sangat sangat mahal. Saya tidak merasakan bahawa kebanyakan wanita dan lelaki dalam negara kita boleh mengaitkan diri mereka dengan ini, dana saya rasa First Lady ataupun Presiden harus mewakili semua rakyat.”
Tom juga berkeras menyatakan bahawa dia tidak berat sebelah mengenai Melania Trump kerana dia juga menyatakan dalam kenyataan pertamanya yang jikalau Hilary menang sekalipun dia masih tidak akan menggayakan Hilary.
“Saya sukakan wanita yang kuat dan berkuasa. Saya pernah bekerja dengan wanita yang kuat dan berkuasa sepanjang 30 tahun kehidupan saya. Saya ada emak dan nenek saya [sebagai wanita yang kuat dan berkuasa] dan saya mengagumi dan hormat wanita yang kuat dan berkuasa. Kenapa wanita tidak boleh jadi kuat dan berkuasa?”
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
