Adakah Ini Pereka Fesyen Yang Bakal Mereka Gaun Perkahwinan Meghan Markle?

Foto Alpha Press
Debaran perkahwinan diraja yang dinanti-nantikan ramai semakin dirasai dan perkara yang masih lagi menjadi tanda tanya orang ramai adalah; siapakah pereka fesyen bertuah yang akan diberi peluang untuk memberi sentuhan magis mereka kepada gaun perkahwinan Markle kelak? Pelbagai spekulasi telah dibuat ikutan laporan orang dalam daripada istana dan beberapa lakaran yang tersebar. Namun masih belum ada lagi jawapan yang sahih.
Daripada semua spekulasi, khabar angin yang telah tersebar dan juga taruhan ramai, orang industri mula menjangkakan Alexander McQueen merupakan calon dengan kebarangkalian yang tertinggi untuk tugasan ini.

Ralph & Russo dan Erdem
Syarikat taruhan atas talian, Betfair, melaporkan kepada Vanity Fair sebelum nama Alexander McQueen naik sebagai taruhan, Ralph & Russo dan Erdem antara calon paling kuat menerima taruhan ramai. “Kini kami telah mengabaikan pasaran itu selepas melihat taruhan yang menarik ke atas Alexander McQueen yang bertukar daripada 16:1 kepada 8:1 dalam jangka masa yang pendek.”

Pengarah Kreatif Alexander McQueen, Sarah Burton
Taruhan sebegini adalah ibarat satu tradisi yang mengaitkan orang ramai dan kerabat diraja England. Dari nama bayi sehinggalah ke lokasi perkahwinan mereka, the Brits just love a good betting.
Seperti mana mereka pernah bertaruh ke atas gaun perkahwinan Kate Middleton pada tahun 2011 dan diikuti dengan pilihan nama Putera George, Puteri Charlotte dan juga adinda mereka yang bakal tiba tidak lama lagi.
Kini kami hanya menunggu jawapan daripada Sarah Burton untuk mengesahkan atau menafikan berita ini.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
