Colour of The Year Untuk 2018 Didedahkan Oleh Pantone
Dalam dunia fesyen, rona warna memainkan peranan yang penting that could make or break stail anda. Walaupun tidak ada salah dan betul dalam pemilihan warna, dengan rona warna yang tepat dan kena dengan diri anda, maka lahirlah seorang fashionista yang celik trend. Minggu ini Pantone Color Institute, yang menggelar diri mereka sebagai “the global authority on color,” telah mengumumkan rona warna yang patut diberi perhatian sepanjang 2018.

PANTONE 18-3838 Ultra Violet, rona ungu yang penuh aura menggoda, misteri dan provokatif ini telah dipilih oleh institut tersebut dengan alasan “Ultra Violet is an enigmatic purple shade that evokes the inventive spirit and imaginative thinking that challenges the status quo. A spiritual, cosmic hue, Ultra Violet pushes the boundaries of what inspires us to look upward and outward to the future.”
Pengarah eksekutif institut tersebut, Leatrice Eiseman, turut memberikan penjelasan lebih jelas tentang pilihan mereka ini. “Ia merupakan rona paling kompleks dibandingkan dengan yang lain. Kerana ia memerlukan dua rona yang bertentangan — biru dan merah — dan menyatukan mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru.”
Selebriti seperti Prince, David Bowie, dan Jimi Hendrix sendiri antara individu yang menghargai rona warna tersebut sepanjang kerjaya mereka sebagai cara mereka untuk mengekspresikan personaliti dan jiwa mereka. MEngambil tanggungjawab untuk menetapkan rona pilihan saban tahun sejak tahun 2000 lagi dengan pilihan Ultra Violet ini, Leatrice berharap untuk memberikan harapan dan memberikan mesej positif melalui rona ini.
The Pantone Color of the Year has come to mean so much more than ‘what’s trending’ in the world of design; it’s truly a reflection of what’s needed in our world today. – Laurie Pressman, Naib Presiden Pantone Color Institute.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
