Lady Gaga Membintangi Kempen Terbaru Tiffany & Co. Untuk Super Bowl - Glam Malaysia

Lady Gaga Membintangi Kempen Terbaru Tiffany & Co. Untuk Super Bowl

Selain daripada persembahan yang bakal diadakan semasa slot separuh masa Super Bowl tahun ini, Lady Gaga juga telah dipilih sebagai duta baru untuk koleksi perhiasan fesyen terbaru jenama perhiasan mewah Tiffany & Co., Tiffany HardWear.

 

Lady Gaga untuk Tiffany Co. Koleksi Tiffany HardWear

Iklan Tiffany & Co. yang dinanti-nantikan untuk Super Bowl itu juga menjadi antara salah-satu highlights semasa acara itu.

 

Lady Gaga akan membintangi iklan pertama Tiffany & Co. di Super Bowl nanti dan mungkin anda merasa aneh bagaimana sebuah jenama perhiasan dan persatuan sukan NFL mempunyai kaitan? Apa yang anda tidak tahu adalah Tiffany & Co. telah mereka trofi pasukan yang menang iaitu Trofi Vince Lombardi semenjak Super Bowl bermula 50 tahun dahulu.

 

Seperti yang dilaporkan oleh Vanity Fair, iklan tersebut akan menampilkan rakaman di sebalik tabir kempen tersebut, dan Lady Gaga akan bercakap tentang pemberdayaan dan perjalanan kreatifnya dalam iklan 60 saat itu.

See also
LBD Ala Carrie Bradshaw

 

Koleksi Tiffany HardWear ini boleh pra-tempah ekslusif untuk tempah waktu yang terhad bermula 5 Februari ini, berada di butik-butik Tiffany & Co. 28 April ini dan di tiffany.com pada 2 Mei.

 

“Di New York, anda dilahirkan mengetahu tentang kehebatan Tiffany, dan di situlah di mana magisnya berlaku, kata Lady Gaga dalam satu kenyataan.