Related Stories
Emma Stone Berkongsi Kisah Pertarungannya Bersama Anxiety
Bagaimana kita sendiri bertarung dengan our demons untuk meneruskan kehidupan kita, selebriti juga melalui pengalaman yang sama.
Penerima anugerah Oscars Emma Stone pernah berkongsi bahawa dia bertarung dengan anxiety sebelum ini juga sentiasa memberikan kesedaran mengenai kesihatan mental.

Foto: Aurora Leone/Pacific Press
Baru-baru ini menyatakan yang walaupun dia sekarang menjalani kehidupan yang normal dan menerujakan, dia tidak pernah terfikir bahawa dia boleh mengecapi kehidupan yang dia ada sekarang.
Stone menyatakan dalam satu klip ekslusif oleh Child Mind Institute yang jikadiberi peluang, dia mahu mengajar dirinya yang dulu bagaimana mahu menangani anxiety.
“Ia sesuatu yang saya sudah hidapi sejak sekian lama dan ia terjadi dalam cara yang besar pada waktu-waktu yang berbeza dalam hidup saya. Kadang-kadang ketika ia berlaku, apabila saya dalam fasa kekacauan, atau anxiety itu sangat kuat, saya rasa seperti ia tidak akan berakhir — tetapi sebenarnya ia akan,” terang Stone dalam klip tersebut.
Dengan bantuan ahli terapi sejak beberapa tahun ini, Stone sekarang boleh mengawal anxiety-nya bila perlu.
Lakonan juga merupakan salah satu cara Stone untuk mengatasi anxiety kerana dia sebelum ini pernah mendedahkan bahawa berlakon sebagai individu yang berbeza di atas pentas dan juga skrin membantu menenangkan dirinya.
“Ia datang dan pergi sehinggakan sekarang saya lebih berusia, saya sudah belajar bagaimana untuk mengawalnya dengan pelbagai cara. Sejujurnya, sewaktu saya masih kecil saya berfikir yang saya tidak berkemampuan untuk berpindah jauh daripada rumah atau berpisah dengan mereka yang saya rapat.”
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
