Brad Pitt Sudah Jumpa Cinta Baru Dalam Hidupnya Selepas Angelina Jolie?
Walaupun sudah tidak lagi bersama selepas berita perceraian mereka tersebar pada tahun lalu, Angelina Jolie dan Brad Pitt yang pernah diberi gelaran power couple oleh rakyat global masih mengekalkan hubungan yang positif antara mereka demi kesejahteraan enam anak mereka.

Foto UPI / Kevin Dietsch
Jika sebelum ini tiada sebarang khabar berita mengenai status hubungan mereka selepas perpisahan yang menyedihkan itu, baru-baru ini Brad telah dikaitkan dengan seoraaktres British Ella Purnell, 21, yang juga mempunyai kaitan dengan Angelina?
Laporan turut menyatakan Brad telah jatuh hati denagn Ella melalui lakonan aktres tersebut dalam filem popular 2016 “Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children.”

Berita ini mula menjadi perbualan ramai hanya selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Angelina kepada Telegraph, “Saya tidak merasa seronok bersendirian. Ia bukan sesuatu yang saya mahukan. Tiada yang baik mengenai situasi ini. Kadangkala ia akan kelihatan seperti saya boleh menghadapi segalanya, tetapi sebenarnya saya hanya cuba untuk menjalani kehidupan saya. Dari segi emosi, ia merupakan tahun yang sukar buat saya.”

Faktor hubungan antara Brad dan Ella juga dipekruatkan lagi dengan kenyataan Ella sendiri pernah memainkan watak Angelina sewaktu dia masih muda untuk filem kegemaran ramai “Maleficent” pada tahun 2014.
Di sebalik semua spekulasi ini, sumber yang rapat dengan Ella telah menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan sebegitu, Malah hubungan kedua-duanya adalah profesional. Berasaskan laporan In Touch yang menyatakan Brad sebenarnya telah mendekati Ella untuk menyertai sebuah rancangan yang bakal diterbitkan olehnya, “Sweetbitter.”
“Brad sudah lama memikirkan Ella untuk watak tersebut dari mula lagi. Dia mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan Ella,” nyata sumber tersebut.
Tiada sebarang kenyataan rasmi telah dibuat oleh Brad dan Ella sendiri.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
