Kylie Jenner Membuat Keputusan Yang Besar Demi Bibirnya
Mogul muda dan bintang realiti TV, Kylie Jenner menjadi terkenal kerana bibirnya dan terima kasih kepada bibirnya pula lahirlah Kylie Lip Kits yang masih lagi menjadi kegilaan ramai sehingga kini. Sebelum ini Kylie berdiam diri sahaja sementara netizen mula mempersoalkan keaslian bibir mungil yang mula dipamerkan oleh Kylie. Kemudian Kylie sendiri mengaku dia menyuntik filler ke dalam bibirnya oleh kerana dia pernah dikritik oleh seorang lelaki dan sejak itu dia merasa tidak yakin dengan penampila bibirnya yang diwarisi daripada bapanya sendiri.
Pada bulan Mei yang lalu Kylie telah ditemu bual oleh kakaknya sendiri, Kim Kardashian, dan mereka mula membincangkan topik kejayaan Kylie dengan Kylie Lip Kit sebelum Kylie menyatakan yang oleh kerana rasa tidak yakin pada bibir sendiri, Kylie menggunakan gincu untuk menaikkan keyakinannya.
Kylie got rid of her lip fillers wow pic.twitter.com/y86ecBp4DM
— Aday. (@SlayforAday) 9 July 2018
Namun baru-baru ini, seorang peminatnya mula perasan akan perubahan yang drastik namun tidak beberapa jelas pada bibirnya. Bibir mungil yang sering menjadi aksesori utama Kylie dikatakan sudah mula pudar dan dia kelihatan seperti Kylie yang dahulu. Kylie sendiri membalas komen tersebut dengan kenyataan yang mengejutkan “i got rid of all my filler.”
Kini tampil lebih yakin dengan bibir aslinya, Kylie mengaku rasa tidak yakin itu membuatkan dia rasa tidak senang selepas dia melahirkan Stormi namun dia menyembunyikannya dengan jenaka dan bersahaja. Dalam satu sesi Q&A terbaru di YouTube bersama teman baik, Jordyn Woods, Kylie menyatakan Stormi mewarisi bibir mungilnya daripada si bapa, Travis Scott. “She has the most perfect lips in the whole entire world. She didn’t get those from me. Thank her dad for those!”
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
