KLFWRTW 2016 Day 2: Diantara Aura Elegan Dengan Revolusi Fesyen Baru
Oleh: Nur Sofea
Kehangatan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFWRTW) 2016 diteruskan lagi pada hari kedua. Sazzy Falak, Scha Al-yahya, Yasmin Hani, Vanida Imran, Elaine Daily, Lisa Surihani dan Fazura terus menghiasi barisan hadapan.
Pertunjukan pada hari kedua dimulakan dengan acara Piala Seri Endon. Puan Nori Abdullah turut dijemput memberi ucapan. Acara yang mengetengahkan elemen batik ini menampilkan Fiqbah xPPY, Foxy Aswad dan Amirul Fadzuan kemudian diteruskan dengan Nigel Chia, Zsay dan Zaimi Zulkafli. Koleksi Zsay nyata menjadi tumpuan dengan animated printt dan penggunaan palet warna terang.
Slot seterusnya diteruskan dengan koleksi dari Liza Zulkarnain, Maslea KL, Ezuwan Ismail, Lana, Amelia Hassan dan Merecca. Koleksi Merreca yang menampilkan elemen songket menjadi tarikan untuk slot petang itu.
Slot 5 petang meyaksikan Casey Gan telah berjaya merangkul anugerah dari penaja dan berjaya memenangi percutian ke Paris. Pertunjukan diteruskan dengan koleksi dari Schmiley Mo by Diana Rikasari, Comoddity, Casey Gan, Justin Chew dan My Apparel Zoo. Corak geometric ilham dari Suprematism menjadi pilihan untuk koleksi Cassey Gan sememangnya mencuri tumpuan.
Acara diteruskan lagi dengan koleksi dari Tarik Jeans by Jiman Casablancas dan penggunaan palet pastel dan drape untuk koleksi evening wear Nurita Harith menjadi tumpuan utama malam itu.
Acara kemuncak menyaksikan gadget terbaru dari Huawei. Pentas peragaan menjadi meriah dengan model mengambil selfie di atas pentas kemudian disambung pula dengan penari yang menari sambil memperagakan koleksi jam tangan elektronik Huawei.
Pereka dari Australia menyerlahkan lagi acara dengan rekaanya dan diakhiri dengan acara paling dinanti ramai, pertunjukkan koleksi Alia Bastamam yang menampilkan gaya signaturenya iaitu siluet anggun yang memberikan rasa effortless luxury.
[soliloquy id=”51127″]
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
