Cameron Diaz dan Benji Madden Kahwin Mengejut

Cameron Diaz dan Benji Madden Kahwin Mengejut

Cameron Diaz & Benji Madden Stepping Off Their Yacht In France

 

Pasangan selebriti antarabangsa, Cameron Diaz dan Benji Madden mengakhiri zaman solo mereka hari ini. Mereka dikhabarkan oleh media antarabangsa melangsungkan perkahwinan di kediaman mereka yang terletak di Beverly Hills, California.

 

Diaz dan Benji sudah mula berteman rapat sejak Mei tahun lalu dan baru sahaja mengikat tali pertunangan sebelum sambutan Krismas yang lepas. Minggu lalu, pasangan ini mengadakan raptai makan malam buat malam perkahwinan mereka secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat termasuklah Drew Barrymore, Joel Madden dan Nicole Richie.

 

Diaz yang kini berusia 42 tahun turut meraikan bachelorette parti pada hujung minggu lalu bersama rakan-rakan perempuannya di kawasan sebuah hotel di Los Angeles. Menurut media, trak yang membawa kelengkapan perkahwinan, parti serta tandanan ros putih tiba di kawasan komuniti pasangan ini tinggal. Bahkan, turut hadir di kediaman Diaz, Yifat Oren seorang perancang perkahwinan yang pernah menjayakan perkahwinan Reese Witherspoon, Anne Hathaway dan Natalie Portman.

See also
Tod’s raikan gaya ikonik tiga model.

 

Preparations are under way for Benji Madden and Cameron Diaz wedding tonight - Part 2

 

General Views: Cameron Diaz & Benji Madden's Wedding Preparations

 

Khemah besar juga kelihatan dinaikkan di kediaman Diaz berserta lilin dan kebanyakkannya dihiasi dengan ros putih. Witherspoon dan Gwyneth Paltrow merupakan antara jemputan selebriti bagi meraikan bersama perkahwinan Diaz dan Benji. Joel Madden, kembar kepada Benji juga muncul di kawasan kediaman milik pasangan ini. Antara selebriti lain yang turut kelihatan hadir ke majlis perkahwinan dua bintang ini termasuklah Toni Collette dan Drew Barrymore bersama suami, Will Kopelman.

 

Celebrities arrive at Benji Madden and Cameron Diaz's wedding

 

Guests Arriving For The Diaz/Madden Wedding

 

Celebrities arrive at Benji Madden and Cameron Diaz's wedding

 

Diaz dan Benji seakan-akan cuba untuk mengelak dari dihidu pihak media tentang majlis perkahwinan mereka yang dipercayai agak terburu-buru. Ketika majlis itu berlangsung, kelihatan seperti seorang wanita yang ditutupi kain rintang putih dengan busana putih labuh. Turut dipercayai bahawa itu merupakan Diaz, dengan persalinan gaun pengantin yang berjalan menuju ke khemah besar majlis tersebut.

 

Cameron Diaz Weds Benji Madden In Beverly Hills

 

Pihak keselamatan pula dikatakan cuba untuk menyembunyikan upacara perkahwinan tersebut dari mana-mana pihak dengan memberitahu kejiranan yang Diaz hanya akan mengadakan parti pra-Golden Globes selepas matahari terbenam. Majlis perkahwinan mereka dilangsungkannya secara tertutup di kawasan halaman belakang kediaman mewah milik Benji ini.

See also
Datin X: Sendiri Takut Guna Produk Pemutih Keluaran Syarikat Sendiri

Foto: TPG