Taylor Swift Berdepan Dengan Kes Saman Untuk Lagu Hit “Shake It Off”
Sedang Taylor Swift sibuk dengan persediaan untuk melancarkan album terbarunya “Reputation” dua orang penulis lagu, Sean Hall dan Nathan Butler, pula tampil dengan kes saman terhadap penyanyi itu.

Sumber kes ini adalah ikutan dakwaan mereka bahawa Swift telah meniru lirik mereka untuk lagu hit-nya “Shake It Off” yang tular untuk beberapa tahun dan dianggap sebagai anthem.
Lagu yang mereka nyatakan itu adalah hit “Playas Gon’ Play,” oleh 3LW.
Jikalau di dengar semula, kedua-dua lagu ini adalah sangat berbeza dari segi genre dan juga moodnya sendiri.
Dalam lagu “Shake It Off” antara bait lirik yang popular adalah:
“Cause the players gonna play, play, play, play, play, the haters gonna hate, hate, hate, hate, hate.”
Manakala lagu yang dipersembahkan oleh 3LW pula:
“Playas, they gonna play and haters, they gonna hate.”
Peguam pendakwa menyatakan “Gabungan frasa playas/players dan hatas/haters kelihatan seperti satu kebiasaan pada masa ini, namun, pada tahun 2001 ia merupakan frasa yang unik dan asli.”
Pihak pendakwa juga menuntut keuntungan sebanyak 20% daripada Swift dan pasukannya untuk lirik lagu tersebut.
“Ini merupakan satu dakwaan yang mengarut dan jelas sekali motif mereka adalah kerana wang. Undang-undangnya adalah mudah dan jelas. Mereka tidak mempunyai sebarang kes,” nyata wakil Swift untuk membidas dakwaan tersebut.
Ini bukanlah kali pertama Swift disaman untuk kes “mencuri” lirik. Pada tahun 2015 Swift telah memenangi kes saman antara dirinya dan penyanyi Jessie Graham yang menuntut $42 juta kerana meniru lagunya “Haters Gonna Hate” dalam lagu Swift “Shake it Off.”
Disebabkan kes kali ini kelihatan serupa dengan kes sebelum ini, the result is obvious, no? Have fun trying, boys!
Cuba lihat video dibawah ini:
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
