GLAM Next Face Is Back Buat Kali Kedua Untuk Aspiring Models!

GLAM Next Face Is Back!

Pada tahun lalu GLAM telah memulakan inisiatif untuk mencari wajah baru di kalangan gadis-gadis Malaysia yang mempunyai ciri-ciri model in the making yang ingin kami petik dan naikkan namanya dalam persada dunia fesyen.

 

Syukur kami ucapkan, respons yang diterima untuk pusingan pertama pencarian GLAM Next Face telah diterima dengan baik dan bilangan mereka yang mendaftar atas talian dan juga sesi temu bual juga amat mengalakkan. Sepanjang proses ini GLAM telah diberi peluang untuk berjumpa dengan ramai gadis yang berpotensi tinggi untuk maju dalam industri namun yang terpilih untuk mara hanyalah 11 orang.

 

Dalam tempoh beberapa bulan selepas itu gadis-gadis tersebut telah diberi beberapa ujian dan tugasan yang perlu mereka laksanakan untuk dinilai para hakim GLAM Next Face. Ikutan tugasan-tugasan ini, pemenang pertama GLAM Next Face, Natasha Noor, telah berjaya memikat hati para hakim dengan karisma dan minatnya yang jelas terpancar sepanjang dia terlibat dalam pertandingan ini.

See also
Ikon Fesyen: Veronica Heilbrunner

 

Kini, GLAM dengan gembiranya ingin mengumumkan GLAM Next Face 2018 bakal kembali tidak lama lagi dan kami ingin mencabar gadis-gadis di luar sana yang merasakan mereka have what it takes untuk menjadi GLAM Next Face?

 

Saksikan juga beberapa klip perkongsian tip daripada barisan model top dan selebriti tersohor di Malaysia sepanjang kempen GLAM Next Face dijalankan.