Versace Dibeli Oleh Michael Kors Pada Nilai RM8.6 Bilion

Pertunjukan koleksi S/S 2019 Versace sewaktu Minggu Fesyen Milan
Dua nama yang besar kini bernaung di bawah satu syarikat, apakah kejayaan yang bakal mereka kecapi kelak?
Michael Kors telah mengumumkan langkah baru mereka untuk mengembangkan pasaran ke Eropah dengan membeli Versace pada harga RM8.6 bilion.

Donatela Versace bersama CEO Versace Jonathan Akeroyd (kiri) dan CEO Michael Kors John Idol
Keputusan Kors dengan pembelian ini menandakan satu lagi pengakhiran kepada sebuah jenama berdikari namun pada masa yang sama melakar sejarah yang penuh bermakna buat Michael Kors sebagai jenama terkenal dalam usaha mereka untuk membesarkan lagi perniagaan. Tahun lalu Kors juga telah membeli sebuah lagi jenama fesyen ikonik, Jimmy Choo pada harga RM4.9 bilion. Ikutan urusan ini, Michale Kors akan mengubah nama syarikat mereka kepada Capri Holdings Limited.
Pengarah Kreatif Donatella Versace yang telah mengambil alih jawatan tersebut ikutan pembunuhan abangnya, pada tahun 1977, akan kekal sebagai “creative vision,” ujar Ketua Eksekutif Michael Kors, John Idol. Versace juga menganggap perubahan kecil ini sebagai satu peluang untuk Versace berkembang sebagai sebuah jenama. Selain Donatella, abangnya, Santo, dan anak perempuannya, Allegra, juga akan kekal sebagai pemegang saham utama.

Versace S/S 2018
Perancangan utama mereka adalah untuk menggandakan hasil keuntungan sebanyak RM8.2 bilion yang merangkumi pembukaan sebanyak 200 hingga 300 buah butik baru. Selain itu perkembangan dari segi jualan aksesori dan kasut daripada 35% kepada 60 % juga diberi tumpuan.
“Kami semua merasa sangat teruja untuk menyertai kumpulan yang diketuai oleh John Idol, seorang yang saya kagumi sebagai seorang yang berawasan dan juga ketua yang teguh dan bersemangat. Kami percaya kejayaan jangka panjang Versace boleh dikecapi dengan menjadi sebahagian daripada kumpulan ini,” nyata Versace dalam satu kenyataan.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
