Teman Lelaki Baru Rihanna Merupakan Seorang Pewaris Jutawan Arab Saudi - Glam Malaysia

Teman Lelaki Baru Rihanna Merupakan Seorang Pewaris Jutawan Arab Saudi

Disebalik kesibukan Rihanna dalam mereka pakaian, membuat persembahan, dan melakukan kerja amal dia nampaknya tidak melupakan her love life.

 

Kali terakhir penyanyi ini dilaporkan sedang bercinta adalah bersama Rapper Drake dan itu pun tidak kekal lama. Kini Rihanna nampaknya sudah menemui teman baru di Sepanyol.

 

Rihanna dilihat memberikan layanan mesra kepada pewaris pengedar Toyota Arab Saudi Hassan Jameel yang mempunyai nilai harta sebanyak $1.5 bilion ketika bercuti di Eropah baru-baru ini.

 

Hassan Jameel

Foto pertama yang dikeluarkan sebelum ini membuatkan orang ramai mula merasa sangat curiga akan identiti lelaki kacak yang sedang bercumbuan dengan Rihanna di dalam kolam renang sebuah hotel yang mereka diami.

 

Jameel sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan supermodel Naomi Campbell apabila mereka dilihat menghadiri sebuah konsert bersama-sama. And she’s not happy.

 

Hubungan Rihanna dan Jameel ini dilaporkan oleh satu sumber kepada The Sun sebagai satu hubungan yang serius dan “mereka banyak meluangkan masa bersama jauh daripada perhatian lensa dan umum.”

See also
Dimanakah Kim Kardashian?

 

Rihanna juga dilaporkan telah menyatakan kepada teman-temannya yang dia sudah dilamun cinta dengan Jameel.

 

Love is in the air for Rih.

 

Reaksi peminat sejurus selepas foto-foto tersebut disebarkan:

 

 

 

 

 

See also
Michelle Williams & Alicia Vikander Wajah Kempen Spirit of Travel Louis Vuitton