'Iron Lady' Datuk Normaziah Sheikh Mohamed Sudah Bernikah - Glam Malaysia

‘Iron Lady’ Datuk Normaziah Sheikh Mohamed Sudah Bernikah

Wanita yang diberikan gelaran ‘Iron Lady’ oleh sesiapa yang mengenali Datuk Normaziah Sheikh Mohamed baru-baru ini telah bernikah dengan pelakon Riezman Khuzaimi dalam satu majlis yang sederhana di Shah Alam dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

 

Foto: Internet

 

Riezman Khuzaimi turut menyifatkan Datuk Normaziah sebagai seorang yang sangat merendah diri walaupun statusnya sebagai seorang usahawan yang berjaya dan dia juga seorang yang sangat memahami.

 

Datuk Normaziah kelihatan sangat ayu dalam busana baju kurung serba putih yang sepadan dengan suaminya dan dilengkapi dengan veil putih. Solekan Datuk Normaziah juga kelihatan sangat natural dan segar menyerlahkan lagi rupa dan gaya Datuk Normaziah pada hari istimewanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Megapadu, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed bukan calang-calang wanita untuk maklumat lanjut mengenai ‘Iron Lady’ ini click sini.

 

GLAM mengucapkan tahniah atas perkahwinan Datuk Normaziah Sheikh Mohamed bersama suami Riezman Khuzaimi dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

See also
Marion Sangkal Dakwaan Punca Brangelina Berpisah