Paris Jackson Opens Up Akan Saiz Badannya - Glam Malaysia

Paris Jackson Opens Up Akan Saiz Badannya

Hanya remaja biasa!

 

 

Paris Jackson, puteri kepada penyanyi, Michael Jackson berbual tentang saiz badannya. Dalam suatu temu bual bersama majalah i-D, Paris berkata secara kandid apabila ditanya oleh mereka.

 

“Saya tidak asimetri, saya bukan saiz kosong, saya gemarkan burger dan pizza secara lumayan,” remaja itu membuka cerita. “Saya tidak muat akan saiz sampel pentas peragaan, saya mempunyai parut-parut dan tanda regangan dan acne dan saya mempunyai selulit. Saya seorang manusia. Bukan anak patung yang digaya pakai,” sambung model itu. 

 

Baru-baru ini, Paris Jackson dinamakan sebagai wajah baharu Calvin Klein — beliau ditemu ramah melalui pesanan ringkas sahaja! Paris juga bersuara akan tekanan normal masyarakat untuk tampil sempurna [perfect]. “Malangnya, kita hidup dalam sebuah dunia yang hampir mustahil untuk berasa selesa dengan rupa anda sendiri 24/7. Terutamanya dengan apa yang diberi oleh media massa. Saya mempunyai pelbagai ketakutan dan kurang keyakinan, sama seperti semua orang yang saya kenali.” jawabnya kepada i-D.

 

See also
Wanita Malaysia Kimberley Ho Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 2019

 

“Namun demikian, kita sedang ke arah itu, perlahan tetapi pasti. Ia menjadi sebab utama saya ingin menukar stigma fesyen dan kecantikan sedia ada, jadi ia tidak terlalu sukat buat umum di seluruh dunia untuk berasa lengkap seadanya.”

 

Apabila Paris ditanya akan erti kecantikan, beliau berkata, “Kecantikan tidak diukur melalui nombor, atau simetri, atau bentuk badan, atas saiz, atau apa jua sepertinya. Kecantikan, kecantikan tulen, perlu diukur melalui jiwa raga, perwatakkan, integriti, niat serta minda seseorang, apa yang dikatanya. Bagaimana mereka berkelakuan. Hati mereka.”