Selena Gomez Terima Buah Pinggang Daripada Teman Baik Sendiri
Penyanyi dan pelakon Selena Gomez yang kini bahagia dan gembira dengan hidupnya telah berkongsikan satu berita menyentuh hati ramai melalui satu pos di Instagram yang melibatkan kesihatannya.
Dalam pos tersebut Gomez mengucapakan kesyukurannya terhadap teman baiknya, pelakon Francia Raisa yang telah mendermakan buah pinggangnya untuk membantu Gomez menentang penyakit lupus yang telah lama dihidapi oleh pop star tersebut.
Raisa dan Gomez bertemu buat kali pertama melalui satau acara amal pada tahun 2008 dan mereka kekal sebagai sahabat semenjak waktu itu.
Gomez telah menjalani pembedahan pemindahan tersebut pada musim panas baru-baru ini.
“Saya sangat peka yang peminat-peminat saya mula menyedari saya tidak menonjolkan diri sangat sepanjang musim panas ini dan mempersoalkan kenapa saya tidak mempromosikan lagu baru saya yang saya sangat banggakan. Saya mendapat khabar bahawa saya perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang akibat penyakit lupus saya dan saya perlu memulihkan diri saya selepas itu. Saya sangat memerlukan waktu rehat ini untuk kesihatan saya,” nyata Gomez dalam pos tersebut.

Dalam gambar yang menampilkan kedua-dua wanita tersebut lengkap dalam gaun hospital mereka memegang tangan masing-masing dengan erat dan melemparkan senyuman penuh kegembiraan.
Berita diaognisis penyakit lupus yang dihidapi oleh Gomez diumumkan oleh penyanyi itu sendiri pada tahun 2015 dan dia juga turut mengambil waktu berehat selam setahun sebelum muncul semula di lensa umum.
Untuk anda yang tidak pasti mengenai penyakit lupus ini ia adalah satu penyakit autoimmune di mana sistem badan mereka menyerang organ dan tisu penghidap. Tiada penawar untuk lupus setakat ini dan penyakit ini hanya boleh dikawal melalui rawatan dan ubat.
Semenjak penyakit Gomez ini menjadi umum orang ramai telah mula memberi perhatian terhadap lupus dan Lupus Research Alliance juga menyatakan bahawa mereka sudah mula menerima derma untuk membantu penyelidikan mereka.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
