Pengakuan David Beckham Tentang Victoria Beckham
Diselubungi ura-ura yang mempersoalkan kebahagian mereka, David Beckham kini tampil dengan kenyataan yang mengejutkan tentang perkahwinannya bersama Victoria Beckham.

Bertentang mata buat pertama kalinya di dalam lounge pemain Manchester United, Victoria Adams tidak langsung mengenali siapakah gerangan David Beckham pada waktu itu. Cinta pandang pertama membawa kepada kelahiran Brooklyn (19) dan seterusnya perkahwinan mereka pada tahun yang sama. Selepas itu mereka dikurniakan tiga lagi cahaya mata yang menyinari kehidupan mereka yakni Romeo (16), Cruz (13), dan Harper (7).
Selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga, sebuah klip teaser temu bual David Beckham bersama rancangan TV Australia, The Sunday Project. “Untuk mendirikan rumah tangga untuk tempoh selama ini, ia sering memerlukan kerja keras. Semakin lama ia menjadi semakin rumit.”

Baru-baru ini khabar angin tersebar meluas tentang perkahwinan mereka yang goyah sehingga mereka membuat kemunculan bersama atas karpet merah buat pertama kalinya sejak tahun 2015. Malah wakil pihak pasangan tersebut juga mengeluarkan kenyataan untuk menyangkal khabar angin tidak berdasar itu dengan mengatakan semua itu adalah “all very bizarre and an embarrassing waste of time.”
Sewaktu membuat penampilan di Forbes Women’s Summit pada bulan Jun tahun ini Victoria mengatakan dia berusaha keras untuk perkahwinannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik dan juga isteri yang baik. Melalui satu lagi temu bual eksklusif, Victoria juga mempertahankan hubungannya bersama David dengan menyatakan “Jika saya benar-benar sengsara seperti mana yang dipaparkan oleh foto-foto paparazzi, anak-anak saya sudah tentu tidak akan bahagia seperti sekarang. Dan saya sudah tentunya tidak akan meneruskan hubungan ini.”
Sebelum ini pasangan Beckham juga pernah berdepan dengan skandal di mana David dikatakan menjalinkan hubungan dengan pembantunya dan Victoria mengaku apa yang mereka lalui itu adalah antara perkara yang sukar mereka terpaksa hadapi bersama. “David dan saya dapat melaluinya bersama. Tiada siapa mengatakan perkahwinan itu sesuatu yang mudah.”
Malah ikutan ulangtahun ke-19 perkahwinan mereka kedua-dua Beckham banyak memberi tumpuan kepada keluarga mereka dan jelas mereka masih lagi bahagia bersama.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Rambut Rosak Akibat Heat Styling? Cuba Heatless Curls!
Jul 10, 2026
Datin X: Apabila Kemewahan Menjadi Candu
Jul 10, 2026
Deretan Filem Terbaru Yang Menghidupkan Layar Perak Julai Ini
Jul 09, 2026
Air Mata Gembira, Nelydia Senrose Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Lelaki!
Jul 09, 2026
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Jul 09, 2026
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Jul 08, 2026
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Jul 08, 2026
