‘Kontroversi’ Karl Lagerfeld & Dress Karpet Merah Meryl Streep

Meryl Streep dan Javier Bardem semasa The 89th Oscars
Pereka fesyen untuk jenama ternama Chanel, Karl Lagerfeld menyatakan bahawa pelakon dan calon untuk Anugerah Oscars buat kali ke-20 Meryl Streep telah menempah sepersalinan adi busana daripada Chanel untuk dipakainya semasa majlis Anugerah Oscars.
Walau bagaimanapun, Chanel menyatakan kepada WWD bahawa pelakon tersebut dikatakan membatalkan tempahannya apabila ditawarkan bayaran oleh satu lagi jenama fesyen.
Di mana pihak Meryl terus menafikan dakwaan tersebut kepada THR dan menyatakan bahawa tuduhan itu melanggar kod moral pelakon tersebut dalam menerima bayaran untuk memakai dress di atas karpet merah.
A post shared by ELIE SAAB (@eliesaabworld) on
Sorotan LainMeghan Markle Menutup Websitenya Untuk Memulakan Hidupnya di London?
Raikan Cinta Bersama Koleksi Soleluna LoveStruck Oleh DeGem
Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!
Ulang Tahun Keempat Tokyo Street Pavilion
Tiada Siapa Mahukan Justin Bieber di Beverly Hills
Halima Aden Ditemubual Oleh Supermodel dan Idolanya, Iman![]()
Meryl Streep sendiri juga mengeluarkan kenyataan kepada WWD:
Mengenai ‘kenyataan’ Lagerfeld yang tiada ‘kontroversi’: Karl Lagerfeld pereka ternama, memfitnah saya, stylist saya dan pereka terkenal yang saya telah memilih untuk memakai dressnya, dalam satu penerbitan penting dalam industri ini. Penerbitan tersebut menerbitkan fitnah ini, tanpa sebarang pengesahan. Seterusnya, cerita itu menjadi global, dan berterusan secara global, untuk mengatasi penampilan saya di Oscars, sempena pencalonan saya yang ke-20, dan untuk mengaburi penghormatan ini di mata media, rakan sekerja saya dan para penonton. Saya tidak memandang ringan hal ini, dan kenyataan generik Lagerfeld menunjukkan penyesalannya mengenai ‘kontroversi’ ini bukanlah tanda permohonan maaf. Dia telah menipu, mereka menerbitkan penipuan itu, dan saya masih menunggu.

Karl Lagerfeld
Foto: Newscom
Kenyataan Meryl ini dikeluarkan ikutan penjelasan pihak Chanel dan Karl mengenai hal ini:
Chanel telah berhubung dengan stylist Streep, atas permintaanya, untuk mereka dress untuk beliau pakai semasa Academy Award. Selepas satu perbualan tidak rasmi, saya salah faham bahawa Streep telah memilih pereka lain kerana pembayaran, di mana pasukan Streep telah mengesahkan bahawa maklumat itu tidak benar. Saya menyesal mengenai kontroversi ini dan mengharapkan yang terbaik untuk pencalonan Academy Award ke-20.
So what is the truth here?
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
