Related Stories
Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!
Are you ready for it?

Foto: WENN.com
Madonna baru-baru ini dikhabarkan bakal kembali ke radar muzik! Pasti ramai peminat tertanya-tanya akan foto-foto yang dimuat naik Ratu Pop itu di laman Instagram beberapa hari lalu. Madge dikatakan telah berhijrah ke Portugal buat chapter seterusnya dalam kehidupan, iaitu 2 projek yang akan diumumkan tidak lama lagi!
“The energy of Portugal is so inspiring!” tulis beliau buat salah satu gambar tersebut. “I feel very creative and alive here and I look forward to working on my film LOVED and making New Music!!! … This will be the next Chapter in My Book! It’s time to conquer the world from a different vantage point!“
https://www.instagram.com/p/BYizwHnBWkg/?taken-by=madonna
Buat foto keduanya, peraih tujuh Anugerah Grammy itu kapsyenkan, “I used to be a basket case but now I live in Lisbon!” Penyanyi ternama itu mula jatuh cinta akan negara Eropah Barat itu selepas tour beliau pada tahun 2004, yakni Re-Invention World Tour, yang berakhir di Lisbon, dedah seorang jurucakap beliau kepada Associated Press.
“Ia menyentuh berbagai-bagai topik penting yang saya sering ketengahkan — hak wanita, hak kaum homoseksual, hak asas sivil — sering berjuang buat mereka yang ditindas,” luah Madonna tentang filem beliau yang akan datang, Loved. Beliau berkata bahawa filem tersebut merupakan adaptasi novel Andrew Sean Greer, yang berjudul The Impossible Lives of Greta Wells.
“Mengapa saya tertarik akan novel ini? Mengapa saya ingin adaptasikannya menjadi sebuah filem? Kerana saya tersentuh [dengan buku tersebut] pada tahap yang tidak terkata. Ia turut menangani pelbagai topik penting. Buat masa ini, lebih dari sebelumnya, masa sangat tepat untuk menceritakannya.”
Loved merupakan kali keempat Madonna menempa nama dalam dunia arahan — kali terakhir adalah pada tahun 2013 buat Secret Project Revolution, sebuah filem pendek. Album keluaran Madonna yang terakhir ialah Rebel Heart dua tahun lepas, rekod beliau yang ke-13.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
