Adakah Kate Middleton Akan Dikecam Kerana Memilih Untuk Memakai Hitam Sewaktu BAFTA Kelak?

Kate Middleton, Duchess of Cambridge sewaktu BAFTA ke 70 tahun lalu.
Foto Karwai Tang/WireImage
Musim anugerah tahun ini memberikan erti yang baru buat kaum wanita dengan gerakan seperti #MeToo dan #TimesUp yang menggunakan acara karpet merah anugerah-anugerah berprestij ini sebagai landasan untuk menunjukkan solidariti mereka dan memberikan kesedaran kepada masyarakat global.
Kini di tanah British, barisan selebriti wanita yang bakal membuat penampilan untuk British Academy of Film and Television Awards 2018, atau BAFTA, sudah berikrar untuk meneruskan perjuangan saudara perempuan mereka dengan mengenakan persalinan serba hitam sebagai solidariti. Namun kini semua perhatian diberikan kepada Duchess of Cambridge Kate Middleton.
Istana Kensington telah membuat pengumuman rasmi menyatakan Duke dan Duchess of Cambridge bakal menghadiri acara anugerah BAFTA.
Sebagai seorang ahli kerabat diraja, beliau tidak dibenarkan untuk menunjukkan sebarang kenyataan politik, in this case dengan mengenakan busana hitam. Dan jika dia tidak berbuat demikian pula, masyarakat global pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencaci Duchess of Cambridge kerana enggan menyokong gerakan anti-gangguan seksual ini.
Namun jika difikirkan semula, gerakan besar ini tidak melibatkan sebarang unsur politik (very vaguely) kerana ia memperjuangkan hak kesetaraan antara jantina. Duchess of Cambridge juga tidak asing lagi dengan perjuangannya dalam memberi kesedaran tentang kesihatan mental bersama-sama suaminya, Putera William. Salahkah jika dia ingin memberi sokongan kepada gerakan yang menentang sesuatu yang salah dari segi moral? Kenapa tiada siapa mempersoalkan Putera William juga?
Nantikan kemunculan Kate Middleton (dan Putera William) atas karpet merah BAFTA tanggal 18 Februari ini!
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
