Hos Fashion Police, Joan Rivers Meninggal Dunia - Glam Malaysia

Hos Fashion Police, Joan Rivers Meninggal Dunia

Ride of Fame campaign launchGambar: TPGVIP

 
Pelawak terkenal yang juga pengacara Fashion Police di siaran E! (Astro 712), Joan Rivers meninggal dunia pada umur 81 tahun. E! Online melaporkan bahawa Joan mengalami komplikasi semasa melalui pembedahan kerongkong di New York beberapa hari lalu. Dia kemudiannya diletakkan dalam keadaan koma selepas mengalami serangan jantung dan seterusnya bergantung kepada alat sokongan hidup. Pada Rabu yang lalu, alat bantuan hidup itu telah ditanggalkan atas permintaan ahli keluarganya.
 
Melalui kenyataan yang dibuat di laman web, anaknya Melissa Rivers berkata, “Dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya telah meninggal dunia. Dia meninggal pada jam 1.17 petang dikelilingi oleh ahli keluarga serta teman rapat. Saya serta anak ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat serta pekerja Hospital Mount Sinai di atas penjagaan rapi yang diberikan mereka terhadap ibu saya.”
 
Dia turut menambah, “Saya dan Cooper (anak) merasa terharu dengan curahan kasih sayang, sokongan serta doa yang kami terima dari seluruh dunia. Semuanya kami dengari dan hargai. Kegembiraan paling besar dalam hidup ibu saya adalah untuk membuat orang ketawa. Walaupun ianya sukar untuk dilakukan sekarang, saya tahu permintaan terakhir dia adalah untuk kita kembali bergelak ketawa.”
 
Pengacara bersama rancangan Fashion Police, Giuliana Rancic mengeluarkan kenyataan “Ianya adalah mustahil untuk menggambarkan betapa saya hormati Joan yang merupakan antara orang penting dalam hidup saya. Dia bukan sahaja wanita paling kelakar pernah saya jumpa tetapi juga merupakan seorang yang sangat penyayang, jujur serta menjalani hidupnya tanpa sesalan. Bekerja bersama dia sejak 13 tahun yang lalu merupakan antara perkara paling gembira dalam hidup saya. Dia boleh meletakkan senyuman di wajah anda dalam sekelip mata, tidak kiralah jika anda mengalami hari yang paling buruk sekali.”
 
Baru-baru ini akibat mulut lantang Joan mengenai krisis di Palestin telah membuat banyak pihak tidak senang dengan kenyataannya yang menyokong keganasan Israel.
 
 

See also
Laporan 'Magazine Cover Diversity' Tahun 2016: Masa Depan Cerah Untuk Dunia Fesyen