Lihat Mesej Manis Catherine Zeta Jones Buat Puteranya
Selamat hari lahir ke-17, Dylan!

Buat hari lahir puteranya yang ke-17, Catherine Zeta Jones kongsikan sebuah klip video montaj khas buat anaknya, Dylan Douglas bagi memperingati hari jadinya.
Pelakon Feud itu memuat naik video di laman Instagram bersama kapsyen “Don’t ˋSTART ME UP’ on how much I love you“. Berlatarkan nyanyian kumpulan kegemaran Dyan, The Rolling Stones, yakni lagu berjudul “Start Me Up“, video tersebut turut menunjukkan adegan bersama bapanya, Michael Douglas, nenda, Kirk Douglas dan adinda kecil, Carys Douglas.
Tambah pelakon berusia 47 tahun itu, “Dylan, you are truly a remarkable young man. You are the joy of my life. 17 years old today! Happy Birthday sweetheart @dy1and.“
Pada awal tahun ini, Catherine telah berkata kepada bahawa kedua-dua anaknya mahu menjelajah ke dunia hiburan, sepertinya.

“Kamu tahu, ia akan menjadi sukar buat mereka kerana adanya datuk mereka, Kirk [Douglas], saya, mereka juga mempunyai Michael, tetapi mereka sememangnya suka [akan dunia hiburan] dan mereka handal!” kata ibu bangga itu.
“Mereka menghadiri kem musim panas setiap tahun — mereka lakukan tiga muzikal dan drama teater — dan mereka gemarkannya! Saya mempunyai kehidupan yang indah dalam industri ini, jadi jikalau mereka mahu lakukannya, mereka tahu akan kepayahan dan peratus mereka yang berjaya dan mereka yang gagal, saya dapat rasakan bahawa mereka mempunyai bakat dan semangat.”
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
