CFDA Telah Membuat Perubahan Pada Jadual NYFW Spring 2017-2018 - Glam Malaysia

CFDA Telah Membuat Perubahan Pada Jadual NYFW Spring 2017-2018

Minggu Fesyen, selain daripada pertunjukan fesyen, juga merupakan peluang untuk fashionista seantero duni untuk berkumpul, berlibur dan meraikan fesyen dengan cara mereka tersendiri. Minggu Fesyen New York (NYFW) yang selalunya diadakan selama lapan hari telah dikurang kepada tujuh dan akan berkuat kuasa mulai NYFW Spring 2017-2018 September ini.

 

NYFW akan dirasmikan oleh Calvin Klein pada 7 September dan Marc Jacobs, seperti biasa, akan menutup NYFW Spring 2017-2018 pada 13 September ini.

 

Keputusan ini dibuat oleh CFDA untuk mengurangkan dan pada masa yang sama mengelakkan percanggahan jadual. Remember semasa Yeezy membuat keputusan untuk crash the party dengan mengadakan pertunjukan fesyennya tanpa memberitahu CFDA? Dan mengulangi hal ini pada tahun seterusnya?

 

Selain itu, CFDA juga cuba untuk mengisikan kekesongan yang ketara selepas Proenza Schouler bakal berpindah ke Paris, Hood by Air dengan hiatus mereka, dan Opening Ceremony yang memang telah lari daripada jadual NYFW. Rebecca Minkoff dan Tommy Hilfiger telah mengadakan pertunjukan mereka di Los Angeles untuk musim yang lalu dan kami tidak pasti jika mereka akan kembali ke NYFW ataupun tidak.

See also
Eksklusif: Disebalik Tabir Glam Fashion Future 2016!

 

Tom Ford juga akan kembali ke jadual biasa NYFW selepas jenama tersebut mencuba pendekqatan β€œsee now, buy now.”

 

β€œIa penting untuk mempunyai pertunjukan pembukaan dan penutup yang kuat. Tetapi penting juga untuk memastikan kita mempunya pereka fesyen yang kuat untuk setiap hari (sepanjang NYFW),” terang naib presiden pemasaran CFDA, Mark Beckham.